Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi

Monday, 25 June 2012

25062012


Assalamualaikum

kemain tau.... mentang mentang dah lama tak update belog. tetiba tampal gamba ala ala tengah bosan telan choc dove sensorang dengan gelojohnyaaa sambil usha belog sendiri..errrr? motip? apakah??


(-____________-)"


alhamdulillah akhirnya tamat sudah semester pendek. walaupun dua subjek tapi jangan main main ye anak anak. sangat tuff. antaranya NUTRITION serta FOOD AND BEVERAGE. masing masing gigih buat yang tebaik untuk presentation kuiz n test sebabnya dua subjek ini tidak ada final exam dan ianya hanya lah penilaian berterusan. now aku dah boleh tarik napas legaa dan boleh goyangkan kaki lelajuuuuu. sudah 2 minggu berada di rumah ku syurga ku. syukur nikmat yang di beri. hilang segala tekanan serta lelah. 


p/s : short sem sangat best tahu? betol. tak tipu. sebab kelas tak pack mana pon. dalam seminggu dua hari je kelas aku. dah nama pon belaja dua subjek je. heee. kemain tiap tiap minggu balik rumah. hahahah. 
seronok uolsss ~


aihhh sebenarnye..kite kan...kite malas nak taip panjang panjang. biarlah gamba menceritakan segalanya. ecececehh. ayat tak menahan di situ. 


ini kejadian sebulan yang lepas.


aku eija. dia baby a.k.a roomate tersayang ~
12/05/2012 at Chemor, Perak. Kenduri kawin kawan baby.


episod kak riri nita sudah kawen ! yeay !

yang atas skali duduk besanding diatas pelamin tu adalah kak riri serta pasangan tercinta. kaka riri adalah classmate aku waktu aku study di kksy (kolej komuniti selayang) dahulu. berbaju putih yang mendukung baby boy itu adalah lect kesayangan kami iaitu en poji. isteri dan anak2 beliau tersangatla comelness..hihi >_< pic yang membajet bajet ayu tu semua adalah bekas pelajar kksy. mereka semua selalu bikin kecoh bila berada di mana mana. anak sapa la tuu kannnnnn? *cuba teka aku yang mana? wkwkwkwkwk ! mengade sungguh !


nampak tak...semua ngah cuak test napkin folding depan hencik kerol. alaa..bukannya susah ponnn..senang kacang rebus je lipat2 napkin nih..mahahah. ciss ! belagak ! ini adalah subjek FNB (FOOD AND BEVERAGE). sekian.


kejadian di malam itu. tak sedar diri. esoknya masing2 ade presentation, kuiz dan test sempat lagi buat keje gila. melarikan diri ke teluk intan sambut birthday boy kesayangan baby ni. hewhewhew. bertuah punya anak dara. 3 pagi sampai poli, berjalan dengan ketakutan menuju ke kamsis. hahah. betul2 keje gila la kak b and kak jah nihhhh. 


lepak sepetang bersama classmate. ngetehh di gerai berdekatan dengan pantai di belakang poli kami. angin sepoi sepoi bahasa memang sempoiiiii ~  hope kiteorg tetap macam ni sampai bila bila. DHK1B tetap di hati ! :')

Monday, 21 May 2012

MOHON AMPUN AKU


Assalamualaikum

Minta ampun aku atas kesalahanku. Minta ampun aku. Atas dosa-dosaku. Aku bukan siapa-siapa. Aku hanya manusia yang tak lepas dari kesalahan. Kuserahkan hidupku padaMu. Tuhan ampuni aku. Ku memohon padaMu.  Tunjukkan jalanMu.


Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]

Thursday, 10 May 2012

10052012

Assalamualaikum

secocok. bagai pinang dibelah dengan kapak. hahah :D

kembali ke seri pentas. tadi kita sudah menyaksikan majlis akad nikah bagi dua mempelai iaitu SCHA AL YAHYA dan AWAL ASHARI. dengan sekali lafaz, SCHA sah menjadi isteri AWAL.. sah ? sahhhhhhhh..... hai isteri. hai suami. awwww. so shweettttttt (background lagu Penghujung Cinta by Pacha Ungu) saya bila lagi? insyaALLAH tahun depan punya tahun punya tahun depan punya tahun depan. sudah. cukupcukup sudah jijah. jangan ober sangat la kau. kang ni makanyeeeeeee. aaaaaaaaaa zZzZzZzZzZz. mimpi di siang hari. lalalalala *calon pong tak nampak lagi. ada hati kunun. bhahaha ! takboleblahhh ~

Hari ni hari terakhir keberadaan aku di rumah ye. Ouhhh sedih. again. asyik asyik nak sedih je aku ni. pe masalahnya ntahhh? inilah kalau nama pon perempuan, perempuan jugalahh. perempuan? ouh kita tukar perempuan tu kepada wanita. kan bunyinya lebih manis. manis seperti madu. hewhewhew.

peace yawww. muka innocent. muka suci je. babai zaman sekolah

Dulu aku seorang yang pendiam. Bila duduk lepak bersama teman, aku sekadar senyum dan layankan apa yang dorang cakap ataupun bercerita. Semenjak dah dewasa ni, ecehhh.. i dah jadi seorang yang talk active i tell you. Sesiapa yang rapat dengan aku je boleh nilai siapa aku yang sebenar. time tu nampak la segala gila sengal ubi aku. Tapi bila aku tilik diri aku sendiri, banyak beno kekurangannya..Contohnya, sensitip yang teramat. Bila kawan cakap sikit nak sentap..bila sentap je mula laaa..tarik muncung sedepa..cehhh..kata diri sendiri nampak? haha..dah malas aku nak cerita pasal diri aku. nanti orang cakap aku ni syok sendiri.

Dalam banyak banyak kawan, aku tak suka kalau kawan aku ni berperangai macam gini..suka publiksiti murahan mahukan perhatian..padahal kau tak la se gahhhhh mana pun -.-' cakap dengan volume yang kuat sampai boleh pecah gegendang telinga kawan kau tu. padahal jarak kau dan dia sejengkal je..kabot ! lalu orang2 sekeliling kau pon ada rasa nak pijakpijak je mulut kau masa tu jugak. amat menjengkilkan la kalau punya kawan yang mcm ni. kedua, memalukan @ mengaibkan kawan sendiri di khalayak ramai. mentang2 lah kawan tu tak comel.. tak pandai.. apa hak kau nak meng-ayemayemkan dia haa? bajet kau bagosssss sangat ke der? hamboihhh kemain emo plak aku ni. ketiga, suka tikam belakang..talam berpulohpuloh muka. pantang mak nenek moyang aku tawwwww. hishhh pijak semut pon tak mati ! kawan macam gini aku blacklist terus ! go to h#@*^&L !!!!! bagi aku itu dah boleh di kategorikan sebagai "lawan" dalam erti kata lainnya adalah musuhh ketat forever. masa kau susah sekalipun, jangan haraplahhh aku nak tolong der. biar orang cakap aku  "SELFISH" janji  kepala n maruah aku tak kena pijak dengan sewenang2nya oleh manusia yang sebegitu.

Ehhh apa sal aku cakap pasal ni pulak? Hahaha. Nasib la kalau orang yang berkenaan tu bukak blog aku. Hai kamuuu. Entry ni khas saya tuju ke kamu kamu tau. Pap ! Nahhh...hambek ni..hambek hadiah dari saya. Meh saya calit sedikit bijih timah(tahik idung) saya ke muka kamu agar lebih berseri. Euwwww. Jijik. Amat cocok untuk kamu deyh. Sapa termakan mekdi rasalah mekdi. Sapa termakan garam rasa lah masinnya. BHahahah. Ehhh entah pape je. Ahhhh Lantakkk.

Aku nak keluar shopping ni. sapa nak ikot angkat keyboard tinggi tinggi..........


(^_^)