Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: 201106

Monday, 27 June 2011

DEMAM CAMPAK



Assalamualaikum

Dulu masa aku kecik umur 3 ke 4 tahun ntah..aku pon dah lupa. aku pernah terkene serangan demam campak ni. Dan pada bulan yang lalu dah beso gajoh cenggini pon aku boleh terkene jugak. Tapi naseb baik la tak terok sangat. Lepas baik dari demam hari tu, aku mula panik bila bintik bintik merah tumbuh kat muka, tangan dan kaki. Tunggu ape lagi, terus pergi serbu klinik pukul 2 pagi. Hahaha. Tak menyempat. Ngadu kat ayah terus ayah bawak pegi klinik. Mana taknya, nak lelap mata pon susah. Ianya membuat aku tak selesa tido di malam hari tau tak. Miang satu badan. Ahhh saboooo je laaaa. 

Masa kene campak ni, doktor nasihatkan aku jangan sentuh makanan yang berdarah. Maksudnya makan kene pantang. Ayam, telur, seafood semuanya tak boleh. TAK BOLEHHH. PAHAM TAK? Doktor pesan kat aku hanya boleh makan nasi dengan sup sayur je. haaa. hambekk kau.. sayur je yang boleh aku telan time tu. hahah ! betol betol nak kene jaga ni supaya tak timbul segala polka dot kat muka aku nanti. 


air sejuk. nasi putih serta sup sayur.
sepanjang aku kene campak ari tu tiap kali makan ini lahh yang aku kene hadap.
best la pulak skali skala jadi vegetarian ni. hehh.

T________T


Demam campak juga lebih dikenali sebagai chicken pox. Ada apa dengan demam campak ini? Bagaimana seseorang itu boleh terkena demam campak? moh ler kita sama sama baca info kat bawah ni.


Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.


Tanda-tanda demam campak
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Demam campak ni ada dua jenis iaitu : 
  • bintik-bintik merah, *jenis ni lah yang aku kene ari tu
  • bintik-bintik besar yang mengeluarkan parut *yang ni pulak time aku kecik kecik dulu.                                                          

sumber pic dari pacik google. mintak share ye pacik ! ;D

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.


Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.


Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.


Bagaimana merawat demam campak?
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. 
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.

Orang dulu dulu cakap elak kene hujan sebab ia akan mengakibatkan parut berlekuk dan berwana hitam dan banyakkan minum air kelapa.


sumber pic dari pacik google jugak.

credit to INFO SIHAT

so sapa yang belum mengalaminya jaga jaga lahhh. jaga jaga cik salmahhhh. hahah. hope info ni berguna lah pada korang semua. tapi kalau ada tanda tanda nak kene tu, cepat cepat la pegi klinik, ikut nasihat doktor dan amalkan petua orang dulu dulu, insyaallah ianya boleh cegah dari awal. supaya muka dan badan masing masing tak de cop mohor polka dot tu. huhuhu.

ok laaa. bye. nite all ! :D

Saturday, 25 June 2011

SONG OF THE DAY #1


Assalamualaikum






HATIKU MILIKMU - NERA AF9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


p/s : sebenarnye aku tak pernah minat kat nera ni. tapi bila dengar lagu dia ni betol betol menusuk ke kolbuku. muahahah. ahhh blasah je. yang penting i loikeeee. layannnnnn~!


Friday, 24 June 2011

WANGSA WALK PUNYA HAL



Assalamualaikum

ini kisah seminggu yang lalu. punya la pemalas nak hupdate blog, sampaikan cerita yang hampir basi pon seboleh bolehnya nak tampal dalam blog yang masih begetah ini.. auwwww. =') ahhhhhh ghasakkkk la kau. sementara ade mood nih, baik aku gunakan sebaik mungkin.


cerita dia macam ni.


Minggu lepas my kazensss turun kl. Walaupun untuk beberapa hari, aku tetap nak beyahooooo bekali kali. Eh bukan senang nak dapat lepak cenggini. Sebab masing masing blaja jauh. Susah untuk bertemu.


cik fafan , cik eija a.k.a aku dan juga cik anne. 
*tak cukup sorang sebenanye nihhh.


Kami cuma bertiga. Alang alang nak lepak bertiga ni, Cik Anne memutuskan untuk berjumpa dengan kekasih hati beliau dalam hari yang sama. Tapi.. beliau tidak selalu ber'dating' seperti couple2 yang lain. Dalam setahun tu ade lah 2 3 kali je jumpa. Macam mana tu cinta jarak jauhh dan sampai sekarang bertahan hampir 4 tahun. aishhhh. jeles tau. hihihi. *harus sedar zaman kegemilangan haku suda lama beakhir. sobsss =')


So kiteorang pilih untuk ke Wangsa Walk sebabnya Cik Anne ni cadang nak tengok wayang dan selain tu dye nak lepaskan gian berkaraoke untuk men'yumbang'kan lagu lagu yang sedia ada di sana muahahahah *keji.


Dalam perjalanan nak ke Wangsa Walk, memang aku merewang hentah kemana. Perjalanan sepatutnya jadi setengah jam, dari rawang ke wangsa maju, boleh pulak jadi sejam setengah. Ouhhh sudah kuduga.. aku telajak jalan.. Memang menggelabah ayam sekejap. Dengan serta merta aku telah membuat kazenss aku moody. Terutama Cik Anne. Mana tak nye, janji dengan kekasih hati dye pukul 10 pagi mau gerak. Bila anak dara bersiap, tau tau je la kannn. Pukul 10.45 baru kelua rumah. haaaa. nampak benoo tak punctual langsung di situu. dah name pon perempuan. SILAKAN MENGERTI. T_T




 Sampai sampai je, Cik Anne dah tarik muncung sedapa. Ahhhhh tekanan doeee. Aku ingatkan marah dye dah reda. Tapi aku biarkan je marah dye tu menguasai diri. Aku sebagai kakak yang baik, layankan je karenah adik adik. SABOOO JE LA. huhuhu. Salah aku jugakkk kannnn. Drive ntah kemana sampai jalan nak pegi Wangsa Walk pon lupa. hikssss. malu. heppp ini siryessss !


Memandangkan hari tersebut ialah hari jumaat dan kiteorang agak terlewat, jadi buah hati Cik Anne menunaikan perkara wajib terlebih dahulu iaitu solat jumaat. Sambil menunggu tu, ape lagi  kiteorang pergi serang Wangsa Walk Super Star.


Masa untuk menyumbangkan laguuuuu sebanyak yang mungkin. Wihuuuuuuuu ! orang pergi solat kiteorang berkaraoke pula. tak patot bukan? ok. lepas ni janji tak buat lagi T___T


mari pilih lagu secara rawak ! 


lagu pilihan pertama. sampai menutup mata. eeee sapa yang pilih ni? 
langsung tak menguji tahap vokal
T_____T


ouh si peah ni rupanya. fine.


ok next ! nextttttt !


besemangat. jaga jaga cik salmahhh jaga jagaaa. hahah ! 
>___<


price tag ! 



waaaaa nanyi sampai tak ingat dunia. apa kata kita minum dulu.





ok sambung balikkkk


tengokkk. sampai nampak lobang hidung misha omar. kembang kempis. nasib baik aku tidak ikut ikutan skali dan masih boleh mengawal diri serta maintan ayuuu gituwww. 
huhhhh lempang nak lempang (-_-)


aku rasa dye ni paling sopan kot. sebab suara dye lah paling halus di antara kami bertiga. 


aku dengan cik anne dok menyanyi dengan penuh perasaan sampai sumbang mambang lagu tu kiteorang kejekan, tapi dye ni menyanyi style ala ala gadis melayu terakhir gituwww. pegang mic pon takot takot je. karaoke bukan men lagi besimpul mcm tu kan. ini betol betol gadis melayu terakhir. tak tipu.


bersama gadis melayu terakhir. auwwww.


aku dan adik adik. aku dengan cik anne dah mcm kemba. warna baju dah sama. shawl pon lebih kurang je. ahhh boriaaaaaa.


sudah sejam setengah berlalu , kiteorang pon melangkah keluar meninggalkan tempat tersebut. 


ini aku tak tahu pesen apa punya bergamba (-_-)


ini pesen konon walking street lahh. hahahah !


dan lepas tu en palie sudah sampai. macam biasa, harus pantau adik adik ber'dating' ye.


si baju hitam itu adalah en palie. 


aku selaku mamarazi. jadi pemerhati.
boleh pandang pandang. jangan pegang pegang. 
duduk renggang renggang. 



kau tengok kau tengok nampak segala gigi serta gusi.
 kemain senyum leboooo dapat jumpe kekasih hati. 


ok fine. lapa sudah. jadi tinggalkan dorang ni pegi makan dan shopping sikit cari hadiah untuk hari bapa bersama cik fafan. heeeee. dah penat kulu kilir dalam wangsa walk tu, kelua balik.
lepak lepak dengan bakal pengantin ni. oh silap. pasangan kekasih.


cik anne : "hoiii.. kau denga ta ape yang haku cakap ni." 

en palie *blur

p/s: dialong rekaan sendiri.

mata ke mata 


phewwwwiiittt ! 


lepas tu membuat onar. suruh en palie jadi photographer aku pulak. tapi en palie ni sporting. dye layankan aje kehendak bakal kakak ipar dye ni.


ceh. tengok tu. konon sweet sangat la kan. 
padahal pipi masing masing dah macam bakso. ahahahah !! *keji betol


 cik anne perasan cute.

eh lama la jugak kiteorang lepak kat lua ni. masa aku tengah shopping, cik anne ni sempat la pegi usha tiket wayang. fully booked boleh tak?? panggung wayang penuhh doeee. harapan la nak tengok wayang. sudahnye lepak lepak sepetang besama mereka. sedih je kan? hahah.

bila dah bosan, mula menggagau cari orang untuk suakan muka bersama sama dihadapan camera.


pesen yang fofular di abad ini. kwekk. kwekk. kwekk. si mulut itik.


en palie. pinjam cik anne sekejap yeee.
lagi sekali pesen yang sama. itikkkk.


\
lepah tu pesen peace2 ni dah jadi kebiasaan dari zaman hingusan lagi.

dah penuhkan memory camera, moh la kita balik. hari pon dah petang. tambah lagi hari bekeje memang aku tak tahan betol dengan jalan kl ni. sikit punya pasal pon boleh jem. ade xcident je jem. lama lama kaki pon boleh jem. huhh kalau tak saba dah lama bungkus agaknya. 

aihhh tetibe aku rasa panjang je entry aku kali nih. hahahah. ahhh lantak. hope jangan ade yang sentap lepas ni sudah *cehhh bajet ade orang nak sentap. hahah. kalau tak puas hati meh face to face dengan aku meh. boleh kita hati ke hati. =)


ini kazensss aku jugakkk. 
ATHIRAH IZZATI namanya.
adik kepada cik fafan.


p/s : kepada angah kalau terbaca entry ni, kak ja hanya menulis untuk blog sahaja. kalau anda terasa terpinggir, anda silap. sebab kak ja sayang semuanya. tak de kurang dan tak de lebih. it is clear dear? angah tetap di hati kami. love you 4 evahhhhh.


Wednesday, 15 June 2011

KU PIKIR KU MAMAI


Assalamualaikum

Selamat pagi Malaysia. Hari ni pagi pagi dah breakfast fesbuku. huhuhu. *pengsan. Tu la dye. Takde koje len dah nak dibuatnye ngadap fb kalau boleh, 48 jammm. Mana la tak kene membebel. 
Ape nak jadi ni cik jijah hoiiiiiii? T_______T

Sambil berfesbuku, mari la membasuh kain dengan wash machine.
Hahah. Senang mudah dan cepat ! Bila dah spin boleh terus sidaiii. Lepas subuh tadi , my kazen dari perak mesej nak datang rumah hari ni. Yeayyy! Terus besemangat! Mata pon terus bulatttttttttt. Kalau waktu mcm gini lepas solat, mesti aku tgh megholoh lagi..means membuta. 
*haaa. kantoiiii. memang tak senonoh punye anak dara.

Nak di jadikan cerita, semalam time aku tengah mamai mamai baru bangun dari tido, macam biasa la dah jadi rutin  harian bangon bangon je teros cari pc. hahah. memang tak senonoh bukan? masa tu tak silap aku nak dekat pukul 11 jugak lahh *haihh kantoi lagi bangun lambat. ahhhh lantakkkkk. macam korang tak penah bangun lambat. ngeeheheeee ;p  dan lepas tu, tetibe je aku rase terhuyung hayang ala ala pening gituuuu. ngahahahah!

HOIIII SIRYES SIKIT BOLEH TAK?? 

BAEKKKK (-.-")

Okkkehhh ape pasai? ape pasai? ke mamai lagi ni? pastu berdiri jalan pegi ke dapur, stabil je. tak de la pulak nak terhuyung hayang. aihhh pelik sekejap. dalam kepale otak ni dah tepikir ade gegaran kot. hahah. boleh men kotkot pulak ye. tengok kat bawah apartment tak de pulak orang nak kecoh turun bawah. ahhh tak mungkin. aku yang mamai.

Sudahnye bukak berita kat tv3 tengok tengok betol. ade gegaran. Subahannallah...time ni baru rasa nak takot, cemas, gigil semua laaaa. T_T pastu boleh pulak nak fikir macam macam. bangunan rumah aku ni kukuh lagi ke tak...ehh nak kene tsunami ke ape negara aku ni. phewwww. choiiiiii. simpang malaikat 44. 

Jujur la aku katekan di sini first time aku rasakan gegaran yang sebegitu. Ianya belaku dalam beberapa saat je. Adakah ini salah satu petunjuk dunia hampir kiamat? 

Subahannalllah. YA ALLAH. YA TUHANKU.

klik SINI untuk berita BERNAMA mengenai kejadian semalam.

HUuuuuu. takot tak abis lagi ni. tapi lapo pulak dah. ok babai la. nak brkfst dulu.

p/s : sama sama kita berdoa agar dijauhkan dari sebarang musibah yang tak di ingini.


Tuesday, 14 June 2011

Johnny's Steamboat



Assalamualaikum

Hujung minggu memang menjadi kebiasaan saya sekelurga berkumpul ramai ramai di rumah adik mak saya. Aktiviti kami selain menonton wayang, bersiar siar, tidak lain tidak bukan ialah MAKANNN. Honestly la, keluarga belah mak ni kalau bab makan memang nombor satu. Tiap kali berkumpul di rumah mak as saya di Kipark BBS Selayang, saya selaku anak dara mesti jejakkan kaki di dapur Mak As (adik mak saya) untuk betukang dan menolong mak sedara. hahah. Ade je resepi baru yang kiteorang akan cuba. Baru baru ni Mak Lin (adik mak saya) telah dianugerahkan APC. APC? apakah itu? APC itu adalah ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. So, congrate to Mak lin. Baru 5 tahun bekerja sebagai guru di sekolah cina di Bandar Baru Klang sudah dapat anugerah tersebut. Ia sesuatu yang membanggakan bukan? Berkat usaha gigih seorang guru mendidik anak bangsa. Alhamdulillah. Rezeki masing masing. Jadi Mak Lin bebesar hati nak belanja kami semua di Johnny's Restaurant. Sebenarnya dari tahun lepas lagi mak lin dah terima anugerah ni. Keluarga sebelah kg di Perak dah merasa Mak lin belanja ayam penyet *masa ni haku jeles boleh tak tengokk gamba kazen dalam fb bekumpul ramai ramai. Jadi kali ni keluarga di sekitar Lembah Klang pula pekena steamboat. Dah lama tak pekena steamboat sebenarnye. Beryahooo la saya di dalam hati. Lalalalala >_<



the menu


fresh seafood & fishballs.


vege , noodles & rice.


drinks & desserts.


di sebabkan kami ramai empat keluarga. mak lin decided to pick menu by set. mcm biasa tom yam soup n chicken soup. saya prefer chicken soup lagi. sebab chicken soup dye sedappppp sangat. tomyam dye pun sedap. tapi saya kurang la tom yam ni. heheh.

^_^


dumpling. ini je yang sempat saya snap. 
yang len tak sempat. sebab semuanya telah tercampak ke dalam periukkk. huhu.


mashroom, prawn, vege, fishball etc. nyom nyomm nyommm.


phewww. mendidihhhh.


sosnya enak juga.


nasi goreng dye simple. tapi besttt. not too bad lah. boleh diterima tekak.


thai tea. 



ehhh dessert mana, dessert? ouhhhh tak sempat juga. sebab dah kene blasah terlebih dahulu.

huhuhu. tapi semua dessert kiteorang order. semuanya saya suka. 

tak de yang tak suka. hahahah !



bila dah berkumpul makan ramai ramai memang meriahhh. 

ini la saat yang membahagiakan... :')


mak as , mak lin , mak saya :)


mari menjamu selera


adik bongsu mak saya. ayah chuuuu dan isterinya. 
awww. sweetnya !  sampai anak di tolaknya kebelakang. 
ngahahah ! kesiannn betol la.


>_<


ini lah anak mereka. si gebu mat thaqiff  ! 
org sebok makan , dye sebok nak merayap. sabooo jelaaaa.


mak chu , mak as , mak. ini siryesss ! dah tak toleh kiri kanan dahhhh. heeeeeeee.


mak lin... sabo je dukung anak. yelaaa. baru lepas pantang la katakan. 


berasap. peluh satu muka. ouh muka tekejut ye dikkk. heh.
ujung skali betudung hijau itu saya , adik saya , nurinnn nasuha anak mak as.


dhiya & nadhirah.  anak mak as dan mak lin.

mereka ni advance ok. nak ice cream order sendiri. 

lepas tu nak cincin pergi order cincin kat kedai sebelah lepas tu cakap kat tauke kedai tu 
''minggu depan kiteorang datang ambek ye''  

Dan yang syoknya, tidak perlu meminta izin kepada ibu mereka terlebih dahulu. 

hai la kak limahhh sekaliannnnn.

HAHAH SABOOOO JE LA HAKU. *sambil mengurut dada.

hape korang ingat sini kedai mamakkk ke dik oiiiii. nak main order order sendiri? 

ahhh gasakkkkk la mengkomeeeee. T_T


kak limah satu & kak limah dua. 
ini disebabkan mereka sangat suka pada kak limah. abes semua org nak dipanggilnya kak limah. aiii ini betol2 pengaroh DVD. T_T


baby mak lin. nur nisrina. dia baik sangat. 
tak banyak meragam. ouhh sangat comel.


bersama bonda bonda ku tersayang.


mari senyum beramai ramai.


ok mari pulanggggg. 

macam macam la ragam kan bila dah ramai ramai ni. lastly saya nak beterima kasih dekat mak lin. 

kate org peghok , mak lin ni memang gemor blanje keme semua makan. 

Semoga mak lin di murahkan rezeki kehendaknya. Cayaaaaaaaaaang mak lin !


p/s : nak bawak family makan steamboat, cubalah dekat Johnny's ni. ianya berpatutan dan yang penting ALL can eat. Johnny's dijamin halal. Services dorang pon tip top. amat memuaskan... wink... ^_^v