Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: DEMAM CAMPAK

Monday, 27 June 2011

DEMAM CAMPAK



Assalamualaikum

Dulu masa aku kecik umur 3 ke 4 tahun ntah..aku pon dah lupa. aku pernah terkene serangan demam campak ni. Dan pada bulan yang lalu dah beso gajoh cenggini pon aku boleh terkene jugak. Tapi naseb baik la tak terok sangat. Lepas baik dari demam hari tu, aku mula panik bila bintik bintik merah tumbuh kat muka, tangan dan kaki. Tunggu ape lagi, terus pergi serbu klinik pukul 2 pagi. Hahaha. Tak menyempat. Ngadu kat ayah terus ayah bawak pegi klinik. Mana taknya, nak lelap mata pon susah. Ianya membuat aku tak selesa tido di malam hari tau tak. Miang satu badan. Ahhh saboooo je laaaa. 

Masa kene campak ni, doktor nasihatkan aku jangan sentuh makanan yang berdarah. Maksudnya makan kene pantang. Ayam, telur, seafood semuanya tak boleh. TAK BOLEHHH. PAHAM TAK? Doktor pesan kat aku hanya boleh makan nasi dengan sup sayur je. haaa. hambekk kau.. sayur je yang boleh aku telan time tu. hahah ! betol betol nak kene jaga ni supaya tak timbul segala polka dot kat muka aku nanti. 


air sejuk. nasi putih serta sup sayur.
sepanjang aku kene campak ari tu tiap kali makan ini lahh yang aku kene hadap.
best la pulak skali skala jadi vegetarian ni. hehh.

T________T


Demam campak juga lebih dikenali sebagai chicken pox. Ada apa dengan demam campak ini? Bagaimana seseorang itu boleh terkena demam campak? moh ler kita sama sama baca info kat bawah ni.


Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.


Tanda-tanda demam campak
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Demam campak ni ada dua jenis iaitu : 
  • bintik-bintik merah, *jenis ni lah yang aku kene ari tu
  • bintik-bintik besar yang mengeluarkan parut *yang ni pulak time aku kecik kecik dulu.                                                          

sumber pic dari pacik google. mintak share ye pacik ! ;D

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.


Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.


Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.


Bagaimana merawat demam campak?
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. 
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.

Orang dulu dulu cakap elak kene hujan sebab ia akan mengakibatkan parut berlekuk dan berwana hitam dan banyakkan minum air kelapa.


sumber pic dari pacik google jugak.

credit to INFO SIHAT

so sapa yang belum mengalaminya jaga jaga lahhh. jaga jaga cik salmahhhh. hahah. hope info ni berguna lah pada korang semua. tapi kalau ada tanda tanda nak kene tu, cepat cepat la pegi klinik, ikut nasihat doktor dan amalkan petua orang dulu dulu, insyaallah ianya boleh cegah dari awal. supaya muka dan badan masing masing tak de cop mohor polka dot tu. huhuhu.

ok laaa. bye. nite all ! :D

7 comments:

  1. wah2 dah macam dr drah. seb baik dah sihat :)

    ReplyDelete
  2. hohohoh.....aku ta penah kena demam campak lg wei? btl ke x leh mkn kicap tu? yg aku dgr x leh kena air ujan je wei...

    ReplyDelete
  3. shawn : heheh tu la pasal. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. c'da : jaga jaga cik salmahhhhh. hahahah ! yang mkn kicap tu pon aku tak pena denga weii. tanyalah pada yang pakar. ngehehehe. aku just bekongsi info jeeee.

    ReplyDelete
  5. masthura : tq my dear :) dah sehat dah pon. heeee.

    ReplyDelete
  6. lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

    ReplyDelete