Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: PENGANTIN KANAK KANAK

Sunday, 12 June 2011

PENGANTIN KANAK KANAK



Assalamualaikum


sumber pic : seperti biasa. mr.google. myMetroAHAD.



ce habaq maiii kat cheqqq apakah maksud gambar tersebut?

bacalah artikel di bawah ini.

sedih , sebak , sayu , kesal , nak marahhhhhhhhh pon ada. 

ok. kali ni saya tersangat LAH BER-EMOSI.






DENGAN mata terbeliak dan muka ketakutan, wajah kanak-kanak ini menggambarkan kekecewaan mereka selepas kesucian mereka dirampas dengan kejam.

Mereka sepatutnya bermain, belajar dan berseronok menempuh zaman kanak-kanak. Malangnya, kanak-kanak itu, dengan ada yang semuda lima tahun, dikahwinkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara rahsia.

Perkahwinan seumpama itu dianggarkan berlaku kepada 10 juta hingga 12 juta kanak-kanak di negara sedang membangun setiap tahun.

Di India, kanak-kanak perempuan biasanya dikahwinkan dengan budak lelaki berusia empat atau lima tahun lebih tua daripada mereka. Namun di Yaman, Afghanistan, Habsyah dan beberapa negara lain yang kadar perkahwinan pada usia muda lebih tinggi, si suami biasanya adalah pemuda, duda berusia pertengahan tahun atau penculik yang merogol kanak-kanak itu dan kemudian menuntut mangsa menjadi isterinya.

Sebahagian daripada perkahwinan itu juga membabitkan urusan perniagaan atau untuk menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga.

Kahwin paksa pada usia muda berlaku di kebanyakan tempat, selalunya bertentangan dengan undang-undang negara.



SUARA RAUNGAN... meskipun perkahwinan awal usia menjadi perkara biasa di kampungnya di Nepali, Surita, 16, meraung membantah ketika dia meninggalkan rumah keluarganya, dilindungi dengan menggunakan payung pengantin dan diarak di atas pedati ke kampung suaminya.



Namun bagi masyarakat yang mengamalkannya, ia dianggap cara paling sesuai untuk pendewasaan seseorang gadis. Bagi mereka, ia lebih baik daripada dia hilang keperawanannya kepada orang lain sebelum berkahwin.

Majlis perkahwinan biasanya diadakan pada tengah malam dengan seluruh kampung merahsiakannya kerana bimbang diserbu polis.

Dalam satu projek khas untuk majalah National Geographic, wartawan Cynthia Gorney dan jurugambar Stephanie Sinclair mengunjungi Yaman dan Rajashtan di India untuk menyiasat amalan mengejutkan itu.

Di India, gadis tidak boleh berkahwin sebelum mencecah usia 18, tetapi majlis membabitkan kanak-kanak perempuan berusia awal belasan tahun mungkin dilakukan secara tersembunyi.

Anak perempuan yang dalam usia muda, dengan ada yang berumur lima tahun, ‘ditumpangkan’ untuk dikahwinkan pada satu majlis perkahwinan dengan nama mereka tidak diselitkan dalam jemputan perkahwinan.

Dalam satu kes di Rajashtan, ketika kakaknya berusia belasan tahun dikahwinkan, seorang pengantin kanak-kanak berusia lima tahun, Rajani, tertidur sebelum majlis bermula.

Seorang bapa saudaranya mengangkatnya dari katil dan mengendongnya di bawah sinaran cahaya bulan, menuju ke tempat paderi dan bakal suaminya — budak lelaki berusia 10 tahun — menunggu.

Meskipun pengantin kanak-kanak ditetapkan akan kekal bersama keluarga masing-masing sehingga mereka lebih dewasa, ia jarang diamalkan.



AKHIRI ZAMAN KANAK-KANAK... Rajani, 5, dikejutkan daripada tidur dan didukung bapa saudaranya untuk dikahwinkan.



Tiga tahun lalu, kes membabitkan Nujood Ali menjadi tumpuan seluruh dunia. Gadis Yaman berusia 10 tahun itu berjaya melarikan diri meninggalkan rumah, menuju ke mahkamah untuk memohon cerai daripada suaminya, lelaki berusia 30-an yang sering memukulnya selepas dia dikahwinkan secara paksa oleh bapanya.

Dia menjadi gadis poster untuk kanak-kanak di seluruh dunia yang senasib dengannya. Buku terbaru mengenainya — ‘Saya Nujood, 10 tahun dan janda’ — diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.

Nujood kini tinggal semula dengan keluarganya dan menyambung persekolahan.

Tidak semua gadis berjaya menyelamatkan diri seperti Nurood. Sebahagian mereka yang berkahwin ketika kanak-kanak sudah pasti tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pelajaran.



BEBAS... Nujood Ali berusia 10 tahun ketika dipaksa berkahwin. Tetapi dia berjaya melarikan diri dan menuntut cerai di mahkamah. Kini menjanda, dia kembali menetap di rumah keluarganya dan menyambung persekolahan.



Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka menerima kesan lebih buruk. Ramai diperkosa dan mempunyai jangka hayat rendah kerana melahirkan beberapa anak pada usia sangat muda.

Mereka juga mengalami penderaan fizikal dan terlalu takut untuk melarikan diri kerana diancam bunuh.

Dalam satu lagi kes di Yaman, kanak-kanak perempuan, Ayesha, 10, dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 50 tahun.

Wartawan itu diberitahu oleh kakaknya, Fatima, Ayesha menjerit apabila melihat lelaki yang hendak dikahwinkan dengannya.

Ada jiran membuat laporan polis, namun bapa Ayesha memaksanya memakai kasut tumit tinggi supaya dia kelihatan tinggi dan memakai purdah supaya wajahnya tidak dapat dilihat.

Si bapa memberi amaran, jika dia dipenjara, dia akan membunuh Ayesha apabila dibebaskan kemudian. Polis meninggalkan rumah lelaki itu tanpa menahan sesiapa dan Ayesha kini tinggal bersama suaminya di kampung yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari rumah keluarganya.

“Dia mempunyai telefon bimbit. Setiap hari dia menelefon saya, dan dia pasti menangis,” kata Fatima.

Kesan kesihatan sangat serius dan dalam beberapa kes, ia menyebabkan maut.

Seorang doktor di Sanaa, ibu negara Yaman, menyenaraikan beberapa kesan kesihatan terhadap kanak-kanak perempuan yang dipaksa mengadakan seks dan padah akibat melahirkan anak ketika mereka belum dewasa daripada segi fizikal.

“Kanak-kanak perempuan memang terlalu muda untuk memahami konsep hamil. Menurutnya, ada yang tidak tahu mengenai bayi di dalam perut mereka ketika mengandung,” katanya.

Tidak ramai yang dibekalkan dengan maklumat mengenai penjagaan diri dan anak yang baru dilahirkan, menyebabkan peningkatan kadar kematian di kalangan bayi.

Aktivtis yang berusaha menghalang perkahwinan kanak-kanak dan meningkatkan kualiti kehidupan wanita sedar betapa sukarnya untuk menyelamatkan mangsa.



IBU MUDA... Asia, 14, memandikan bayinya di rumahnya di Hajjah, sementara anak perempuannya berusia dua tahun bermain di sebelah.



Molly Melching, pengasas Tostan, sebuah pertubuhan yang berpusat di Senegal, memberitahu National Geographic: “Jika kita pisahkan seorang gadis dan memencilkannya dari masyarakatnya, apa akan berlaku dengan kehidupan mereka? “Anda tidak boleh menggalakkan kanak-kanak perempuan melarikan diri. Anda tidak boleh menangani kes perkahwinan kanak-kanak itu dengan memerangi atau memalukan orang ramai dan berkata mereka ketinggalan zaman. “Usaha perlu dilakukan untuk mengubah seluruh masyarakat. Dan jika itu berjaya, amalan itu pasti dapat dihapuskan.”




KEJAM... polis wanita, Malalai Kakar (tengah) menahan lelaki yang berulang kali menikam isterinya berusia 15 tahun kerana tidak mematuhi arahannya. Apabila ditanya apa yang akan berlaku kepada lelaki itu, Kakar berkata: “Tidak ada apa-apa. Di sini, suami adalah raja.”



USIA ENAM TAHUN.... “Setiap kali saya melihatnya, saya bersembunyi. Saya benci melihatnya,” kata Tahani (berpakaian merah jambu) ketika mengenang semula saat dia baru berkahwin dengan Majid. Dia berusia enam tahun sementara Majed, 25, ketika mereka berkahwin. Di depan (berpakaian hijau) adalah bekas rakan sekelasnya, Ghaza, juga pengantin kanak-kanak, di kampung mereka di Hajjah, kawasan pergunungan di Yaman.

sumber artikel : DI-SINI.

pagi tadi baca kat surat khabar sampai sekarang still terkenangkan nasib kanak kanak ini. bila semua ini akan berakhir? Ya ALLAH , KAU Lindungilah kanak kanak ini.... :'(

4 comments:

  1. siannye kat diorg,, kecik2 lagi dah kene kahwin.. xsggp !!

    ReplyDelete
  2. sya : tu la. kejam kan dorang buat kanak kanak mcm tu. sedihh sangat bila kenangkan nasib dorang.

    ReplyDelete