Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: 201107

Sunday, 31 July 2011

PUASA



Assalamualaikum


Aku rasa sekejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik esok kita nak dah berpuasa. puasa juga antara rukun islam kita yang ketiga.




Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Mungkin ada yang dah terlupa macam mana niat puasa dan doa berbuka puasa kan? apa kata kita recall balik niat/ doa sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang esok. 



     LAFAZ NIAT HARIAN
sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.



DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Mu aku berpuasa, bagi Mu aku beriman, dengan rezeki Mu aku berbuka dengan rahmat Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.



p/s : Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf andai aku ada terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni. Dalam sedar atau tak maybe aku ada menyakitkan hati sesiapa. Aku mohon maap ye semua. Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kita lalui dengan sempurna.

Friday, 29 July 2011

HA HA HA



Assalamualaikum



.. klaka la gilaaaaaaaa.. kau memang CWEET CANGAT matlutfi ! muahahahah ! 

yeahhh ! just be yourself ! :)



Wednesday, 27 July 2011

JEJAK HIKMAH



Assalamualaikum

untuk renungan kita bersama


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah , tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Kerna Allah terlalu mencintainya, tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan. Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"  -Imam Ghazali-

=')


Tuesday, 26 July 2011

HAPPY BIRTHDAY SI BUCUK !



Assalamualaikum


ini kejadian semalam.

tengok gamba je la. malas nak cite panjang panjang.


ini ialah carrot cake yang dibikin dengan penuh kasih sayang :')
khas untuk si BUCUK SAYA :p


yaaa. inilahh si BUCUK yang saya maksudkan tu ! birthday girl. sweet 16. yeay !
adik perempuan kesayangan saya. tiada yang lain.


mee sup, tembikai susu, bergedil daging, sambal kicap, macarooni cheese dan juga carrot cake. al maklum laaaa untuk sementara waktu ini saya adalah bibik dirumah ini. insyaALLAH kalau lepas ni dapat sambung blaja mesti susah nak masak mcm gini untuk family sendiri. tsssskkk :')

birthday girl with lovely mum !


birthday girl with lovely dad !


birthday girl with me !

wahai kau cinta !

ini bibik ajijah. leka dengan makanan yang ada di depan mata.

bila dah membelasah dua benda ni, bibik pon boleh lelap mata dengan senang hati.
ohhh makin MEMBESAA DAN MENGEMBANG LA AKU NAMPAKNYAAAAAA ! 
FINE FINE FINE (-_-)


p/s : untuk resepi carrot cake tu nanti aku kongsikan bersama k?   

Monday, 25 July 2011

WAHAI PENILAI HATI



Assalamualaikum



Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung 
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu



ini adalah salah satu ost ketika cinta bertasbih. aku sudah jatuh cinta pada lagu ini. kalau boleh nak repeat banyak kali lagu ni sampai taik telinge pon cair. pagi pagi lagi da banjir.
pe cer pe cer niiiihhh dik non?

T____T



p/s : buat carrot cake sambil nangis nangis di dapur. apakah?


Sunday, 24 July 2011

STANZA CINTA



Assalamualaikum

sejak akhir akhir ni kan, bila tiba je hari ahad aku excited. sebab ape? pukul 9 malam kat TV3 ada drama Stanza Cinta. ye la.. sebab hero dye Aaron Aziz kan.. hero terlaris di abad ini. *phewiiiittttttttttttt ! tapi aku tetap jugak nak feeling feeling sweet walaupun Aaron Aziz hanyalah di kaca tv sahaja. muaahahahah. tapi tak de la sampai obses sangat kan sampai nak cakap Aaron Aziz tu aku yang punya ! ouh tidak sama sekali. just pasang angan angan mahukan pasangan hidup 'macam' dia je. kalau tak banyak, sikit pon jadi lahh. hehee. *tutup muka. huh gedik ! muahahahah ! eh bukan aku sorang je pasang angan angan mcm tu eh, korang (yang gurls) pon sama jugak kan? tak payah la nak sorokkkkk. dah jadi lumrah manusia suka akan keindahan dan kecantikkan. ye ke idokkkkk?


marilah tatap wajah ini selama sepuloh saat. 
hensommmm gila mamat ni.


















heppp. ok dah cukup cukup. suami orangggg oiii.


********


STANZA CINTA

Stanza Cinta adaptasi dari novel tulisan Nurull Halawati, tajuk yang sama jugak. Tapi aku tak berkesempatan lagi baca novel ni. Ramai yang komen novel ni diterapkan oleh nilai nilai murni. Mesti best kan novel ni? Kisah ditulis dari pengalaman penulis sendiri.


SINOPSIS STANZA CINTA DARI NOVEL :

Amni Sorfina (Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina




“Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya”


Sumber : NURULL HALAWATI

INI ENTRY IKUT SUKA HATI



Assalamualaikum



ho-ho-ho. hari ini aktiviti aku amat membosankan. 



teman mak pergi beli barang kat NSK SELAYANG.



tau tak punya ramai la manusia di hari sabtu ni. 



sampai parking kereta pon full.



tetiba aku nak jadi HULKKK versi pakai tudung.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



balik dari NSK, singgah makan di kedai kedai TU DIA PAK TAM.



sampai rumah, on9 sampai lebam. sampai muntah.



lepas tu membelek hp baru adik yang dibeli oleh ayah.



hp apa? BIARLAH RAHSIA. CEHHHHHH ! BAJET GILAKKKKK.
AYAT MEMANG MINTAK LEMPANG BANYAK KALI.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



hari ni dinner murtabak meggi je.



malas nak masak nasi punya pasal.



birthday adik hari senin nanti. tapi aku kehilangan idea nak buat kek apa.



haihhhhhh. tetiba otak blankkkkkk. tak berfungsi dengan baik.



apa nak jadi? apa nak jadi? sampai sekarang tak kawen lagi.



bluergggghhhhhuwaaahuwwaaaa. apa kene mengena pulak dengan kawen ni?
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com



sebelum aku menjadi lebih parah. baik aku masok tido dulu. wuuuuuu. T_T



bye. nite all !


p/s : semoga esok akan menjadi hari yang lebih menarik daripada hari ini. OYEEAHH http://www.emocutez.com




Wednesday, 20 July 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1


Assalamualaikum



SONG OF THE DAY #2



Assalamualaikum


nak suara mcm ni boleh?



JAR OF HEARTS - COVER BY MADDI JANE

i know i can’t take one more step towards you
cause all thats waiting is regret
don’t you know i’m not your ghost anymore
you lost the love i loved the most
i learned to live, half alive
and now you want me one more time
who do you think you are?
runnin’ ’round leaving scars
collecting a jar of hearts
tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
don’t come back for me
who do you think you are?
i hear you’re asking all around
if i am anywhere to be found
but i have grown too strong
to ever fall back in your arms
ive learned to live, half alive
and now you want me one more time
who do you think you are?
runnin’ ’round leaving scars
collecting a jar of hearts
and tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
don’t come back for me
who do you think you are?
it took so long just to feel alright
remember how to put back the light in my eyes
i wish i had missed the first time that we kissed
cause you broke all your promises
and now you’re back
you don’t get to get me back
who do you think you are?
running around leaving scars
collecting a jar of hearts
and tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
so don’t come back for me
dont come back at all
x2
who do you think you are?
who do you think you are?
who do you think you are?



masa untuk berangan seperti aku yang menyanyi sambil diiringi pianooo. lalalalalalala~!
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

booooooooooooooooooooooooo. ok. dah dah dah. stop berangannnnn !
http://www.emocutez.com



byeee. malam kalian !

Tuesday, 19 July 2011

TERIMA KASIH



Assalamualaikum

sejak dua menjak ni aku memang tak de keje. aku rajin menyinggah blog orang. kebanyakkan blog yang aku singgah semuanya ngetoppp ! setiap kali menyinggah, tangan nih asyek gatal tekan button follow. huhuuu. setelah itu aku tinggalkan jejak di shoutbox , "salam singgah dan follow sini" cehhhhhh. cara meningkatkan traffic belog. LOL !
itu je ke yang mampu kau buat cik jijah? ye itu je aku mampu. (-_-)


aku tak se-otai blogger2 yang lain. pe ntah lagi nak menghasilkan entryentry yang menarik untuk tatapan umum. blog aku tak se-gagah mana.
tapi aku menulis atas dasar kata hati lagi.
masih hingusan lagi. heh :')
saya budak baru belaja. kalau salah tolong tunjukkan.


 tapi untuk hari ni aku nak beterima kasih kepada yang menyinggah blog ini dan sudi menjadi follower aku. alhamdulillah follower aku sudah mencecah 103. terima kasihhh lagi sekali.


sebagai tanda terima kasih dan berasa terharu, 
aku ciptakan ini khas untuk KAMU SEMUA. 





>_<




Saturday, 16 July 2011

FADHILAT BULAN SYAABAN


Assalamualaikum

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

NISFU SYAABAN 
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)



PUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”


Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)


BERTAUBAT
Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

SUMBER : DI SINI

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)

Tuesday, 12 July 2011

ETONG's ME AND MIRROR CONTEST


Assalamualaikum


Ehem ! Buat petama kali aku di tag oleh cik chocolate yang manisss untuk join contest.
tq si manissss !


Disebabkan pertama kali nak cuba contest ni, 
aku pon pegi la terjah tuan punya blog yang menganjurkan contest ni.
nak jugakk baca apa syarat syarat yang ditetapkan. 


Nama beliau adalah Zubaidah Hanan
Tuan tanah se-emangnya comel serta blognya juga.


Tak percaya? sila la terjah. klik banner di bwh ini






tengok apa lagi? moh ler join sekaliiiiiiiiiiiiiiii.


Kamu. macam mana nak bagi blog saya comel mcm blog kamu? 
Sila tunjuk ajarrr boleh? Hehh.


apakah? suda lari dari tajukkkkk (-_-')
fine. fine. fine.


ok fokus.


 FIRST skali perlu ada gambar syok sendiri depan cermin mcm ni
.

.

.

.

.

.

.

.

.


walaupun ianya hp murah-ha-ha-ha. tapi memberi effect yang bagos.
aku pon perasan kurussss dan comel plusplus bila depan cermin. 
padahal gemok mcm panda. sedihhh je. kahkahkah.


fitting room pon jadi


toilet pon nak jugakkk. muahahah !



SECOND  wajib post entry besertakan banner. CHECK !


THIRD  saya sudah menjadi follower beliau. CHECK !


FOURTH  tag kepada 2 orang rakan. 
ya mari pilih mari pilihhhhh !

i) Ain


nak tambah lagi satu boleyyyy?

iii) Husna

CHECK !


FIFTH  kene lengkapkan ayat ini... 
"Saya suka bergambar di hadapan cermin kerana...ianya salah satu trend masa kini dan sememangnya sebahagian dari hobi saya. dengan adanya cermin di depan saya, saya akan lebih berkeyakinan tinggi dan seterusnya dapat mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. kerana diriku begitu behargaaa."  peace ^_^v

CHECK !


SIXTH  Sila komen dan letak link di entry iniCHECK !


Tarikh tutup pada : 4 August 2011



ok sekarang sudah boleh beguling-guling-ats-katil dan tido !
KROIHHH KROIHHHH KROIHHHH ! LOL.


p/s : sape yang aku tag tu, join jgn tak join. mari beramai ramai memeriahkan lagi contest ini. yeeehaaaaa ! :DD


nite and sweet dream people.


Friday, 8 July 2011

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN



Assalamualaikum


Apakah kita pernah mengalami saat kedukaan dan kepahitan dalam diri kita?

Mungkin itu rasa sakit hati yang telah lama kita pendam.

Atau rasa marah, emosi, kekecewaan kepada orang- orang yang telah menyakiti hati kita.

Contohnya macam ni...


" Hoiii sampai hati kau curang kan? kau tipu aku hidup hidup. kau dengar sini ye wahai si polan bin pilin...aku takkan MAAFKAN kauu dunia akhirat ! huhh ! " 

atau

" Tak guna punya kawan. Depan aku baik mcm malaikat. Belakang aku pang pung pang kau mengate aku kan? Talam duabelasss muka. Aku benci kauuuu ! "


aiyoooo. ammakk appakkk. drama apakah ini? fine fine. aku akui bahawa aku pernah berada di dalam situasi tersebut. ianya amat menyakitkan la boiiii. huhuh. cuba bagitahu aku manusia mana yang suka kalau dirinya disakiti dan dikhianati? 

Dalam keadaan marah mesti timbul kebencian dan kebencian itu bertukar menjadi dendam. ditambah lagi si pelaku itu tak nak mengaku kesalahan dia @ tak reti nak minta maaf dekat yang sudah dikhianati dan disakiti.

Memang sukar untuk kita memaafkan seseorang yang telah menyakiti kita. Tapi sampai bila kita nak terus berdendam kan? Lama kelamaan akan memakan diri sendiri jugakk. So fikir fikir lahhh. Selagi rasa sakit, kecewa, dendam tu ada dalam diri kita, hidup pun jadi serba tak kena.

Walaupun bagaimana pun, kita sentiasa kena beringat bahawa setiap yang datang dan pergi semuanya dari ALLAH S.W.T segala perbuatan baik dan buruk seseorang itu pada kita, biar Allah saja membalasnya. adalah lebih baik kalau kita belajar memaafkan dan melupakan setiap perbuatan orang yang pernah menyakiti kita. ada hikmahnya kalau kita memaafkan. Memaafkan bukan beerti kita kalah, tetapi mengembalikan sifat positif yang ada pada diri kita.




"MEMAAFKAN MEMANG BERAT, TAPI SEBETULNYA SERDAHANA" maaf dan lupakan, biarkan waktu yang menyembuhkan dan ALLAH yang membalas perbuatannya. 



p/s : Bak kata pepatah buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali. menjadi lumrah kehidupan, manusia mana tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Walau sakit hati macam mana pon, memaafkan adalah lebih baik. percayaaaalaaahhhhhhhhh. amboi. overnyeeeee kau nokksss.

Semoga kita semua sentiasa didalam limpahan keredhaan-Nya..Amin..

take care & selamat malam kalian.

Monday, 4 July 2011

AKU DAN MAKE UP



Assalamualaikum

Bila kawan kawan aku sentuh pasal make up je, aku langsung tak ambik port. Bagi aku berbekalkan bedak carry junior, serta lip balm sudah memadai. Tak suka nak libatkan diri dengan make up ni. Aku benci. Aku riimassss. 


Ecehhhhhhhh. kononnnnnn. Itu dulu punya cerita.


Tapi pada zaman meningkat dewasa ni lain pula jadinya. Orang dulu dulu kata bila da benci, jangan benci sangat. Nanti yang benci tu la kita suka. Akhirnya aku tertewas jua. Bila aku tengok orang make up, cantik la pulaaa. Heeeee. Jadi aku pon sebokkk jugak nak cuba. Sekarang sudah pandai cari sendiri foundation tu apa, blusher itu apa, dan bla bla bla. Kalau dulu siryes aku ta tahu natang apakah foundation itu. loser tak loser aku ni? sobsss =')




ini gamba 2 tahun lepas. ahhh kantoi pakai kasot dlm rumah. ketika ni aku masih belasan tahun. hanya tepek bedak serta lips balm sahaja. masa tu zaman kegemilangan myspace. gamba pesen ini amatlah fofular tahu. aku memang suka syok sendiri.  bajet comelllllll. errr (-_-). penyakit tu terbawa bawa sampai sekarang. kata sudah meningkat dewasa. tetapi masih tidak mahu berubah. macam mana ni? sadissssss.


T________T



ini gamba beberapa jam yang lalu. tepek foundation sikit, eyeshadow sikit, eyeliner sikit, blusher sikit, lipstik sikit. tapi macam tak de effect je. mana tak nya, dah semuanya sikit sikit. hahahah. tak nak la tepek banyak2 takot over. kang bila dah over, lihat muka kat depan cermin pon tak sudi. tapi ada jugak la yang aku miss macam mascara, contact lens serta bulu mata pelsu. tapi aku tak suka la bendabenda tu semua. sebabnya aku rasa macam lecehhh jeee. huhu. tapi mata panda memang dah jadi  trademark aku. ape boleh buat. suka tido lambat. inilah hasilnya. 
ingat comel? *lemmmmmmpanggggg. ambek kau.ambek kauuuuu.


Nampak sangat aku tak reti make up kan? Huuuuuuuuuu. Sadissssss lagi.


T________T


Its ok cik jijahhh. Sila cuba lagi. 


Setiap produk yang aku pakai semuanya murahan. 
Tapi aku tak kesah. Mahal ke, murah ke, sama je. 


HENTAM SAJA LAH LABUUUUU.


Antaranya adalah : 

Moisturizer - Garnier Light

Foundation - Silky Girl Skin Perfect Liquid Foundation

Mineral Powder - Loreal True Match Mineral Make Up

Eyeshadow - Maybelline EyeStudio

Eyeliner - Silky Girl Liquid Eyeliner Waterproof, untuk bawah mata pulak aku guna - MIB 206 White

Mascara - Maybelline Magnum Volume Express

Blusher - M.A.C Pincho Peach B86 (tiruannn je)

Lipstick - M.A.C Mystic A06 (tiruannn je)


dari mana aku blaja, semuanya aku google sendiri. hehe.  kadang kadang aku rujuk si otai blogger yang pemes amous lagi cantik. seperti FATIN LIYANA. dia kan rajin tabur tips serta tutorial. credit to her. dia sememangnya cun di abad ini. ceyhhh puji melambung nampak? okk di sini tak de pasang pape niat pon. aku puji iklas. aku suka tengok cara dia make up. walaupun make up dia kadang kadang agak tebal, tetap cantik nyahhhhh. pakai apa pon cantik. natural beauty ke apa dia tu? aku jeles. sebab aku tak cantik mcm dia huawahahah. tapi tu laaa aku tak suka bila make up terlebih dos nih. nanti boleh bikin heart attack bila tengok muka sendiri. hahah. bersederhana dalam segala hal adalah lebih baik bukan?


itu je kot aku nak cerita. macam bosan je entry aku ni kan? wuuuuuuu T_T

sampai ketemu lagi. babaiii kawan kawan. ^_^v

p/s : perempuan dan make up memang tak boleh dipisahkan. ehhh yekeeee?


Saturday, 2 July 2011

AL FATIHAH UNTUK TERCINTA



Assalamualaikum


Hari ni macam macam jadi. Sedih aku ni tak tahu la nak cakap mcm mana. 

Dalam fikiran aku sekarang teringatkan arwah opah je. Rindu sangat kat arwah.


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH OPAH. 



Semoga roh opah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.