Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN

Friday, 8 July 2011

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN



Assalamualaikum


Apakah kita pernah mengalami saat kedukaan dan kepahitan dalam diri kita?

Mungkin itu rasa sakit hati yang telah lama kita pendam.

Atau rasa marah, emosi, kekecewaan kepada orang- orang yang telah menyakiti hati kita.

Contohnya macam ni...


" Hoiii sampai hati kau curang kan? kau tipu aku hidup hidup. kau dengar sini ye wahai si polan bin pilin...aku takkan MAAFKAN kauu dunia akhirat ! huhh ! " 

atau

" Tak guna punya kawan. Depan aku baik mcm malaikat. Belakang aku pang pung pang kau mengate aku kan? Talam duabelasss muka. Aku benci kauuuu ! "


aiyoooo. ammakk appakkk. drama apakah ini? fine fine. aku akui bahawa aku pernah berada di dalam situasi tersebut. ianya amat menyakitkan la boiiii. huhuh. cuba bagitahu aku manusia mana yang suka kalau dirinya disakiti dan dikhianati? 

Dalam keadaan marah mesti timbul kebencian dan kebencian itu bertukar menjadi dendam. ditambah lagi si pelaku itu tak nak mengaku kesalahan dia @ tak reti nak minta maaf dekat yang sudah dikhianati dan disakiti.

Memang sukar untuk kita memaafkan seseorang yang telah menyakiti kita. Tapi sampai bila kita nak terus berdendam kan? Lama kelamaan akan memakan diri sendiri jugakk. So fikir fikir lahhh. Selagi rasa sakit, kecewa, dendam tu ada dalam diri kita, hidup pun jadi serba tak kena.

Walaupun bagaimana pun, kita sentiasa kena beringat bahawa setiap yang datang dan pergi semuanya dari ALLAH S.W.T segala perbuatan baik dan buruk seseorang itu pada kita, biar Allah saja membalasnya. adalah lebih baik kalau kita belajar memaafkan dan melupakan setiap perbuatan orang yang pernah menyakiti kita. ada hikmahnya kalau kita memaafkan. Memaafkan bukan beerti kita kalah, tetapi mengembalikan sifat positif yang ada pada diri kita.




"MEMAAFKAN MEMANG BERAT, TAPI SEBETULNYA SERDAHANA" maaf dan lupakan, biarkan waktu yang menyembuhkan dan ALLAH yang membalas perbuatannya. 



p/s : Bak kata pepatah buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali. menjadi lumrah kehidupan, manusia mana tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Walau sakit hati macam mana pon, memaafkan adalah lebih baik. percayaaaalaaahhhhhhhhh. amboi. overnyeeeee kau nokksss.

Semoga kita semua sentiasa didalam limpahan keredhaan-Nya..Amin..

take care & selamat malam kalian.

3 comments:

  1. sis singgah sini dari blog Ieyla...salam kenai..

    ReplyDelete
  2. kawan sehidup semati susah nk cari kan..
    btw..thanx follow blog maii..act kamu pemollow blog maii yang ke 111..bangga tak?heheheh :D

    ReplyDelete
  3. deqlis : slm kenai. tq 4 visits this blog ;)

    mai : btol tu. alih2 kwn mkn kwn lagi ade. . hehe. wahh ! no fav tuuuu. heeeee. bangga sangattt ! thnx ya sbb sudi singgah blog ini ;)

    ReplyDelete