Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: PUASA

Sunday, 31 July 2011

PUASA



Assalamualaikum


Aku rasa sekejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik esok kita nak dah berpuasa. puasa juga antara rukun islam kita yang ketiga.




Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Mungkin ada yang dah terlupa macam mana niat puasa dan doa berbuka puasa kan? apa kata kita recall balik niat/ doa sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang esok. 



     LAFAZ NIAT HARIAN
sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.



DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Mu aku berpuasa, bagi Mu aku beriman, dengan rezeki Mu aku berbuka dengan rahmat Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.



p/s : Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf andai aku ada terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni. Dalam sedar atau tak maybe aku ada menyakitkan hati sesiapa. Aku mohon maap ye semua. Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kita lalui dengan sempurna.

2 comments:

  1. selamat berpuasa! semoga ramadan kali ini membawa 1001 keceriaan dan keberkatan buat awak sekeluarga

    ReplyDelete
  2. fatynadia : ye. selamat2. teima kasih..awak juga.. ;)

    ReplyDelete