Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: RESEPI #1 : KARIPAP

Tuesday, 9 August 2011

RESEPI #1 : KARIPAP


Assalamualaikum

lame bebeno awokkk tak hupdate blog ni. awokk bukannye pe. sebok tiap2 hari nak kene buat karipap untuk berbuka puasa. ye laa... bibik la katekan. tu jela keje awokk sekarang berkhidmat untuk keluarga. bajet nak bejimat ler pada bulan puasa dengan mengabaikan kuih muih yang ada di bazar ramadhan tu. 

so hari ni awok bebesa hati nak kongsi resepi karipap bersama anda semua. dulu tengok mak buat, macam leceh je kan. rasa macam susah je nak kelim2 karipap tu. takot nanti kene kutuk dek orang je. kang ta memasal kene sorok muka dalam beg nanti. wakakaka. tapi bila dah buat rasa nak bangga dengan diri sendiri kejap. heeeelehhhh. senang rupanya. pejam mata pon boleh buat. pangggggg ! kan dah kene *hadiah untuk diri sendiri T_T

meh kita lihat bahan bahan untuk buat karipap meh. aku google je resepi ni. credit to My Resepi sekali buat, terus menjadi. alhamdulillah. tapi tang inti aku men bantai je mana yang ade. huhuh.

Inti Karipap :
8 biji kentang - dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu

Ditumbuk lumat :
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
2 sudu jintan manis
kulit kayu manis

serbuk kari + air utk dijadikan paste - ikot suka nak la brape banyak
garam - secukup rasa
ajinamoto pon boleh kalau rasa nak letak.

Daun sup.

Doh Karipap :
4 cwn tepung gandum
1 biji telur
1/2 cwn marjerin 
1/2 cwn ais
secubit garam
250 ml air 

cara cara menyediakan inti :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 yang ditumbuk lumat serta bawang besar yang di potong dadu sampai wangi. kemudian  masukkan paste kari daging tadi tumis sampai naik minyak @ garing sedikit.
  2. Masukkan kentang yang telah di potong dadu, garam secukup rasa dan juga air. Biarkan mendidih dan kering. agak agak dah empuk kentang tu, dah boleh angkat dan sejukkan 
  3. Tabur daun sup dan gaulkan sebati..
cara cara menyediakan doh karipap :
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  3. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  4. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  5. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  6. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  7. Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

doh karipap dah siap


 inti karipap dah siap



kelim2 karipap pon dah pass ! yeeeehaaaa !

bila dah goreng. ok jom makan ! hikhikhik. gelojoh betol. baru pukul brape.
bawak bawak besaba ye cik jijah oiiii.


oh yaaa. karipap ni kalau sekali buat dapat la dalam 50 bijik dan korang boleh frozenkan. mudah bukan? tak payah korang kelua duit beli karipap semate. dah boleh simpan duit untuk shopping raya nanti !
hahahhhh :DD


selamat mencuba kawan kawan ! dan selamat berbukaaa puasa  :)

No comments:

Post a Comment