Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: SMTKK

Tuesday, 16 August 2011

SMTKK


Assalamualaikum


Nak dijadikan cerita dulu masa aku di tingkatan 3, aku sedar ada segelintir budak kelas aku tak suka akan kewujudan aku. aku tak paham. aku tak pernah kacau hidup diorang. malah di sekolah aku dengan hal aku sendiri. semenjak di buli oleh sekumpulan budak lelaki, aku serik. sedangkan aku punya kawan perempuan yang care pasal aku. so di sebabkan jiwa aku tidak sekental jiwa aku yang sekarang, aku mengambil keputusan lepas PMR, aku nak chow dari sekolah tersebut. dan sumpah aku tak nak jumpa dorang lagi. arghhh aku benci bila tekenangkan zaman tu. mentangla aku comot. ye aku sedar sapalah aku. wuuuuuu. (T_T) 


Tamat PMR, aku apply sekolah teknik mungkin cara itu aku boleh behijrah ketempat lain dengan aman. Alhamdulillah ALLAH itu maha adil maha mengasihani. Akhirnya aku dapat tawaran masuk ke sekolah teknik. Pada mulanya aku dapat tawaran di SMTSR (Slim River) dalan kursus ELEKTRIK oleh disebabkan minat aku yang terlampau dalam bidang masak memasak ni, aku mengambil keputusan membuat surat rayuan untuk ditukarkan ke SMTKK (Kuala Kangsar) dalam kursus katering. masa tu agak sedikit kecewa sebab aku tak diterima dalam kursus katering..akan tetapi aku ditawarkan di dalam kursus bakeri. aku tetap bersyukur. sekurang kurangnya nanti dapat juga aku belajar sesuatu yang baru. belajar hidup bedikari serta lebih berdisplin semasa di asrama nanti. jarak antara SMTKK ke kg aku sangat dekat. jadi setiap hujung minggu mungkin aku boleh pulang ke kg menemani arwah opah...tetapi hajat aku tak kesampaian dan lagi sekali rezeki tidak berpihak pada aku. belum sempat aku mendaftarkan diri di SMTKK arwah opah telah pergi buat selama-lamanya pada awal tahun 2006. sungguh aku sedih dan terkilan. tapi sapalah aku untuk melawan TAKDIR ALLAH.


bila godek punye godek paintdrive aku tadi terjumpa jugak gamba gamba lama ni. 


sumber pic : group SMTKK


 **Blok 26 aspuri dorm aras bumi 2006/2007**

tshirt yang memberi 1001 kenangan


raya 2006


inilah baju kurung batik SMTKK yang menjadi kebanggaan ku. mulamula masuk teknik je.
lama kelamaan baju batik tu aku buat jerukk terbiar je dalam loker. (-_-)


malam maulidur rasul. di dewan TEKNORAT. disini la fav port geng aku iaitu di level atas.
orang lain denga ceramah, 15 minit kemudian kiteorang dah terbongkang tido. kroihhh. kroihhh. LOL *keji.


sukan hostel.


masa ni lawan netball antara dorm. walaupun tempat ketiga aku tetap nak bangga jugak dengan dorm aku.
sebab pemain netball sekolah ramai sebenanye dalam dorm ni. hihihi.
 terdiri daripada aku sendiri , fatin , nul, nonoi, uny, dan juga zai. 


**Baker'z Line 2006/2007**


aku dan sara. dua dua kaki ponteng. time kelas math je, kiteorang choww. jadi KRS.
K.R.S = KUTU.RAYAU.SEKOLAH


bersama bella. di bengkel kesayangan. arghhh. rindu!


kelas paling selekeh mungkin. nak menghias kelas kami memang failed fullstopp!


di depan bengkel.


masa prep. warden tak de gunakan kesempatan ini sebaik mungkin merakam kenangan bersama.
ehhhh. apesal aku posing mcm tu (-,,-)


gamba kelas.


gamba ni aku dapat kat fb dari group SMTKK. so creadit to them.
barisan tenaga pengajar bagi kos bakeri
dari kiri cikgu hamizon, cikgu intan, cikgu oh pek leng, dan cikgu shida. mereka terbaik ! rindu cikgu !


sukaduka di SMTKK terlampau banyak untuk aku ceritakan disini. siryessss aku rindu sepanjang keberadaan aku di SMTKK. *nanges T___T


nanges lagi? apa daaaaaaa.....apa barang nanges nanges ni. caaaaaaiiiiit !


ok boiiii.


3 comments:

  1. Salam..tetibe terjumpe cerite tentang SMTKK... rindu jugak hati dgn cikgu2 & kwn2 lame... explly gang Dorm G... Year 1999/2000... cikgu yg masih saya ingt.. Mak Biah sudah semetinyer..sbb kita org slalu kene bantai ngan rotan dia, kalau turun recall lmbat...Cikgu Shima dgn Nasi lemak yg dia jual..sedap.... Ayahanda, cikgu Fuad yg pernah serbu Aspuri mase Mak Biah pegi Haji kita org ponteng sekolah kaw2..sampai x de bdak pompuan kat sekolah..yg tinggal bebudak Junior jerk.... arghhh rindu nyer nak jump/fly ikut pagor AKK wakakakakakakakaka.....

    ReplyDelete
  2. Oh yer..gambar cikgu tue... cikgu Hamizon , Cikgu Shida , n Cikgu Pek Leng tabik spring utk you all coz dah lame mengajar kat SMTKK before 1999 sampai junior kite org dah berderet2.... & x lupe gak for my x class mate Fadzilah yg pernah mengajar dan mjd cikgu utk Junior2 alaf baru kite....

    ReplyDelete