Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: 201109

Friday, 30 September 2011

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012



Assalamualaikummm..salam jumaat 

gamba macam biasa pinjam dari pacik google


hurmmmm apa agaknya maksud gamba tersebut ye???


dekat fesbuku sudah tersebar luas pasal 'hadis' yang mengisahkan sesuatu yang bakal terjadi pada ramadhan 2012. apakah hadis itu? jom baca ni...


Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.


• UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES 

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010



2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011



2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012


Cuba kira, 1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.Sama dengan hadis nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 RAMADAN .


Berdekatan bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.............cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai kalender Islam 2012.


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal. Kami bertanya: "Suara apakah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan hancur binasa".


Jawapan dari JAKIM:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah, P.P (T.T) 29 Julai 2009"


إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك

Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471


Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu…

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

Sebenarnya kita semua pon tak berapa nak pasti dengan pekara seperti ni bukan..kita hanya mampu berserah kepada-Nya. apa yg pasti kiamat akan berlaku cuma kita x mengetahuinya.. Hanya Allah saja yang maha mengetahui...seharusnya kita sibuk kan diri dgn ibadah kpd Allah..sentiasalah bertaqwa kpd ALLAH dgn sntiasa mnambah keimanan kita...sentiasa lah Melaksanakan amar maaruf nahi mugkar, Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia. Bertaubat dan beristghfar kepada Allah, Melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya....semua ni adalah utk bekalan kita di sana...insyaALLAH :)


Thursday, 29 September 2011

PETUA AWET MUDA - AIR SUAM & URUTAN WAJAH


Assalamualaikum

haiii uolss~ sebelum tu aku nak mintak maaf  la ye sebab belog aku ni terlalu bosannn. aku tak tau kenapa la sikap MALAS nak update belog tibatiba menguasai diri. makin lama makin menjadi jadi. haihhh tak leh jadi ni. mesti kene hentak kepala sendiri kat dinding nihhhh. lol ! sampai mcm tu skali. ngahahahah ! ahhh bosan betol bila sikap MALAS tu asyik nak melekat je dalam jiwa. ape pon ta blehhhh. hampehhhhhh betol. (-_-) 

ok fine cik jijahhhh. stop la kau membebel panjang2 salahkan diri sendiri. kali nih aku nak kongsi petua dengan korang semua. bagi sesiapa yang nak awet muda tu, boleh amalkan ini. ape tengok tengok lagi? baca lahhh ape yang aku nak bagitahu kat bawah nihhhh. haaaa. renung2lah dan selamat beramal ! 

p/s : ntah hape kene la aku mlm nihhh. tetiba nak marah2? dasar emosi tak bape nak betol kot mlm nihhh. wuhuhuhu =P


PETUA AWET MUDA


sedapnya sky juice..huhu..pon jadiiiiii. 
gamba pinjam pacik google je ^_^


Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.

klik gambar untuk kelihatan lebih besar-


sebelum nak tido urutlah muka masing2 ye..aihhh lega la pulak lepas men urut2 muka nihhh. huhuhu. aku dah try. korang bila lagi? ok lahhh minggu depan kita bekongsi petua yang lain pula ye.

ok bye. nite people~! ;)

Wednesday, 28 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4



Assalamualaikum


'' sabar itu indah ''



Tuesday, 27 September 2011

MAKSUD BOHONG DAN RAHSIA SI PENIPU


Assalamualaikum

hari ni aku nak sentuh pasal bohong. bohong sana bohong sini. memang tak dinafikan dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pembohongan. tak kira la pembohongan kecil atau besar. hidup umpama pentas dan kita semua adalah pelakonnya. apa maksud bohong tu ehhh. dalam erti kata lain iaitu tipu. tipu dengan bohong tu same je la kannn..hahah ! ok. meh kita pahamkan apa maksud bohong ni..

Definisi bohong :


“Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada senghaja atau tersalah.” (kitab Misbahul Munir)

Hukum Bohong :


Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

Firman Allah swt:


“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.” ( 116 : an-Nahl)

Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:


“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda:


“Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta." (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)


Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.


nak tahu bagaimana tingkah laku seorang penipu..lets check it outttttt~!

Pernahkah anda perasan ketika anda ditipu terutamanya oleh orang yang rapat atau pasangan anda? Seringkali memberi alasan yang membuatkan anda rasa curiga, itu pon jika anda dapat mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia sedang menipu. Tapi bagaimana jika dia pandai berlakon dan sedikit pon tidak menunjukkan dia sedang menipu. Usah risau, bacalah rahsia mengenal pasti orang yang rapat atau pasangan anda menipu di bawah ini.


1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!


2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi ada juga orang yang menutup mulutnya kerana mulutnya berbau... heheh...


3) Gagap

Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

eh tahu tak betapa sakitnya hatiiii ni kalau seseorang menipuuuu dan terus menipu. tambah lagi orang yang terdekat dengan kita @ seseorang yang kita sayang. apa yang penting berkata benar la kamu walau ianya pahit.


p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan penipuannnn....


okay bai !


Sunday, 18 September 2011

SONG OF THE DAY #4



Assalamualaikum


hai kacak dan jelita.

mata dah layu habes. tapi gagahkan jugakkk update sebijik entry tgh mlm butaa. hahah ! cuma nak bekongsi lagu best dengan engkorang je. ehhhh best ke? zazsssss layannnnn~!



kau tau tak, aku nak test power suara sendiri dengan lagu ni. tapi belum sempat aku buka mulut , bunyik guruh datang bertalutalu. ini tanda memang nak protessss aku habis habisan tanpa belas kasihan walaupun sekecil kuman. ok aku dah mula merepek seorang diri taktala orang lain sedang dibuai mimpi. jadi aku pon teringin nak terbuai mimpi jugakkk ! syokk kan bila dapat tido waktu hujann ni. heaven ! 

ok baiiii ! nite people :)

Wednesday, 14 September 2011

Baiklah ini entry testing one two three

Assalamualaikum

Kali ni nak test power update guna fone. Fone ape? Psttt biarlah rahasia. Bwahahaha! Ok fine. Ayat nak bajet je.

Setelah dikaji, hp ini tidaklah secanggih mana. Kalau nak update pon, kene taip lajulaju kuasaduabelaspunye Haha kau paham ta ape yang aku cuba sampaikan ni? Kalau taip ala ala kau sedang duduk bergoyang kaki sambil menikmati sekeping biskut hup seng cecah teh @ kopi, alamatnya skrin hp kau tetiba akan terpadam dgn sendirinya. Dan dlm masa yg sama, kau akan berasa cuak seolah2 hp kau terkena virus.

Hahaha! Ok itu saja utk mlm ini. Sampai ketemu lagi di lain hari.

Byelajulaju! ^___^

HATE YOU 100 TIMES !!!





 T____T"

Tuesday, 13 September 2011

SELAIN DIET & JOGGING , TEH HIJAU JUGA BOLEH MEMBANTU KAMU KAMU YANG SEDANG BERUSAHA MENURUNKAN BERAT BADAN.


Assalamualaikum

bila bercakap pasal nak turunkan berat badan je , kaum kaum hawa mesti dah set dalam mind dorang seperti  ini :

"ouh lepas ni nak diet. kene control makan sebab dah gemokkk"  .......dan....... "eh nak jogg la. nak bagi fit balik badan ni"

akan tetapi selepas itu back to basic ! bosan kan? makan tak hengat dunia. itu nak. ini nak. dan mula lah kau terasa berdosa sebab dah melanggar ikrar kau yang dulu dulu tu kan? inilah kelemahan kaum hawa ye. tidak dapat mengawal nafsu makan. *sebab aku pon mcm ni jugak. wakaka ! hoiii sekurang2nya aku jujur dengan diri sendiri. :')

ok. marilah berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan teh hijau. mari mari ! sebenarnya aku dah lama amalkan teh hijau ni. aku memang suka dengan teh hijau. berjalan mana mana pon , kalau singgah kedai je first yang aku capai , pasti teh hijau lipton. ala yang RM 2.70 sebotol tu.




nahhh. ini lah yang aku cakapkan tu.
sumber ehsan dari macik google.


tengah mencari point nak hupdate ape untuk entry kali nih, aku rasa ada gunanya google pasal teh hijau ni. boleh share info dengan korang. selain dapat menurunkan berat badan , banyak lagi khasiat teh hijau ni sebenarnya. moh kita tengok apa khasiat di sebalik teh hijau ni.


Berikut , ini adalah 27 manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian :

1. Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
2. Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
3. Menurunkan kadar kolesterol
4. Menurunkan risiko terkena berbagai penyakit hati
5. Menurunkan risiko terkena stroke
6. Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza)
7. Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
8. Memperbaiki fungsi kognitif
9. Bermanfaat bagi kesihatan gusi
10. Mencegah sesak nafas
11. Mengurangi stress
12. Menghilangkan kelelahan dan keletihan
13. Mampu mencegah timbulnya penyakit kanseer
14. Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor
15. Membantu penyembuhan penyakit kanser
16. Membantu menurunkan berat badan
17. Mengurangi risiko timbulnya radang sendi dan reumatik
18. Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
19. Mencegah osteoforosis
20. Mencegah timbulnya alergi
21. Melindungi lever
22. Mencegah hepatitis
23. Membantu menghalangi penyebaran virus HIV
24. Mengurangi bahaya merokok
25. Memperlambat penuaan
26. Baik dikonsumsi untuk penderita diabetes
27. Mampu mencegah keracunan makanan


Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.


memang tak di nafikan segelintir daripada kamu tak sukakan-nya bukan? tapi apa salahnya kita mencuba untuk diri sendiri. oh ya. lagi satu nak nasihatkan di sini... diet , diet jugak. jogg , jogg jugak. biasalah perempuan. sapa yang tak nak kurus & cantik kan? tapi jangan la sampai tak makan langsung. nanti pengsan , tak ke menyusahkan diri sendiri namanya? aku becakap berdasarkan contoh terdekat yang ada di sekeliling aku. kawan kawan serta kaum kerabat aku  yang obses sangat nak kurus. agak agak terasa bedosa dengan diri sendiri sebab dah hentam segala macam makanan , elok la pergi bancuh teh hijau tu dan nikmatilah dengan tenang. ada jugak paedahnya kan. dan lagi satu , kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. paham? ewahhh. nasihatkan orang bukan main lagi kan? ok ok. beringat pada diri sendiri jugak. heeee. peace bebehhh ! ^_^ v

p/s : semoga aku - dapatlah - menghasut - korang - untuk - mencuba - teh hijau ini. hehehe. 

ok boiboi !

Monday, 12 September 2011

blog besawang lagi usang...ahhhh...whateverrrr~!



Assalamualaikum


hai hai hai hai hai hai. bape banyak punye hai. 


hai belog besawang !


anda apa khaba?


maaf ye wahai cik belog lagi usang.


ternyata tuan punya belog tak ade semangat  langsung nak hupdate belog.


dah pemalas tahap dewa dah nihhh


kali ni tolong lahhhhh. datang lahhhhhh idea yang bernas sikit untuk menyerikan blog sendiri


ishkkkkk...ape pon ta bleyyyyyy~!


T__________T

Monday, 5 September 2011

NAK UCAP SALAM LEBARAN JUGAK WALAUPUN DAH LAMBAT 7 HARI !


Assalamualaikummmm


sedar tak sedar dah masuk tujuh syawal lahhhh ! masih belum terlambat kan? kan kan?


kepada orang orang kampung, masyarakatttt, saudara sesama islammmm, semperna dibulan syawal yang mulia ini, cik jijah ingin menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki memohon maaf zahir dan batin andai ada tekasar bahasa atau buruk laku sepanjang berblogging ni yeeee. 


*sekarang baru haku sedar yang belog haku langsung tak market mcm blog engkorangggg. 
wahahahah ! sedihhh makkkk...nyahhhhhh !


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 


jadi mari memeriahkan belog sendiri dengan gambaaa syioookkk sendiri dipagi lebarannnn.


terasa aneh dengan pipi sendiri  ^___^"


geli dengan muncung sendiri juga..hahahah  ^___^"


p/s : eh ehhhh baju haku dah sama kaler dengan background beloggg sendiri. kahkahkahhh ^__^"

p/s : puasa enam jommmmmmmmmmmm !