Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: MAKSUD BOHONG DAN RAHSIA SI PENIPU

Tuesday, 27 September 2011

MAKSUD BOHONG DAN RAHSIA SI PENIPU


Assalamualaikum

hari ni aku nak sentuh pasal bohong. bohong sana bohong sini. memang tak dinafikan dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis pembohongan. tak kira la pembohongan kecil atau besar. hidup umpama pentas dan kita semua adalah pelakonnya. apa maksud bohong tu ehhh. dalam erti kata lain iaitu tipu. tipu dengan bohong tu same je la kannn..hahah ! ok. meh kita pahamkan apa maksud bohong ni..

Definisi bohong :


“Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada senghaja atau tersalah.” (kitab Misbahul Munir)

Hukum Bohong :


Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.

Firman Allah swt:


“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.” ( 116 : an-Nahl)

Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:


“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda:


“Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta." (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)


Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.


nak tahu bagaimana tingkah laku seorang penipu..lets check it outttttt~!

Pernahkah anda perasan ketika anda ditipu terutamanya oleh orang yang rapat atau pasangan anda? Seringkali memberi alasan yang membuatkan anda rasa curiga, itu pon jika anda dapat mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia sedang menipu. Tapi bagaimana jika dia pandai berlakon dan sedikit pon tidak menunjukkan dia sedang menipu. Usah risau, bacalah rahsia mengenal pasti orang yang rapat atau pasangan anda menipu di bawah ini.


1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!


2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi ada juga orang yang menutup mulutnya kerana mulutnya berbau... heheh...


3) Gagap

Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

eh tahu tak betapa sakitnya hatiiii ni kalau seseorang menipuuuu dan terus menipu. tambah lagi orang yang terdekat dengan kita @ seseorang yang kita sayang. apa yang penting berkata benar la kamu walau ianya pahit.


p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan penipuannnn....


okay bai !


No comments:

Post a Comment