Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012

Friday, 30 September 2011

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA-RAMADHAN 2012



Assalamualaikummm..salam jumaat 

gamba macam biasa pinjam dari pacik google


hurmmmm apa agaknya maksud gamba tersebut ye???


dekat fesbuku sudah tersebar luas pasal 'hadis' yang mengisahkan sesuatu yang bakal terjadi pada ramadhan 2012. apakah hadis itu? jom baca ni...


Ketika bangsa Yahudi sedang asyik mencipta filem 2012 dan mentafsirkan akan berlaku malapetaka hebat dunia pada tahun 2012,sebenarnya Rasullullah s.a.w. telah memberi peringatan kepada kita lebih awal cuma kita yang terlepas pandang.


• UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES 

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009

Ramadan: August 11 - September 8, 2010

Eid ul-Fitr: September 9, 2010

Hajj: November 14 - November 17, 2010

Eid ul-Adha: November 16, 2010



2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010

Ramadan: August 1 - August 29, 2011

Eid ul-Fitr: August 30, 2011

Hajj: November 4 - November 7, 2011

Eid ul-Adha: November 6, 2011



2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012

Hajj: October 24 - October 27, 2012

Eid ul-Adha: October 26, 2012


Cuba kira, 1 RAMADAN pada tahun 2012 jatuh pada 20 JULY hari jumaat,jadi 3 AUGUST 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat juga.Sama dengan hadis nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 RAMADAN .


Berdekatan bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,kehadiran satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.(yang NASA Amerika memberitahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas berdekatan bumi).Adakah kita semua ini tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.............cuba kita tengok hadis nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai kalender Islam 2012.


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal. Kami bertanya: "Suara apakah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan hancur binasa".


Jawapan dari JAKIM:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah, P.P (T.T) 29 Julai 2009"


إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هذه توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك

Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471


Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN :

sekadar mampu…

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam

Sebenarnya kita semua pon tak berapa nak pasti dengan pekara seperti ni bukan..kita hanya mampu berserah kepada-Nya. apa yg pasti kiamat akan berlaku cuma kita x mengetahuinya.. Hanya Allah saja yang maha mengetahui...seharusnya kita sibuk kan diri dgn ibadah kpd Allah..sentiasalah bertaqwa kpd ALLAH dgn sntiasa mnambah keimanan kita...sentiasa lah Melaksanakan amar maaruf nahi mugkar, Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia. Bertaubat dan beristghfar kepada Allah, Melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya....semua ni adalah utk bekalan kita di sana...insyaALLAH :)


2 comments:

  1. moga pada bulan ramadhan yang suci tak terjadi perkara begitu.. sebab tuh susah nak percaya tkut tak betul n dah jatuh hukum lain pulak. hurm..

    ReplyDelete
  2. semoga entry ini dapat menginsafkan umat islam. Walaupun kita tak tahu bila kiamat berlaku tapi kita tahu ia tetap berlaku.. moga-moga kita terpelihara di bawahNya..

    Terima kasih atas entry peringatan ini. berdakwah salah satu tanggungjawab kita :D

    ReplyDelete