Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: SELAIN DIET & JOGGING , TEH HIJAU JUGA BOLEH MEMBANTU KAMU KAMU YANG SEDANG BERUSAHA MENURUNKAN BERAT BADAN.

Tuesday, 13 September 2011

SELAIN DIET & JOGGING , TEH HIJAU JUGA BOLEH MEMBANTU KAMU KAMU YANG SEDANG BERUSAHA MENURUNKAN BERAT BADAN.


Assalamualaikum

bila bercakap pasal nak turunkan berat badan je , kaum kaum hawa mesti dah set dalam mind dorang seperti  ini :

"ouh lepas ni nak diet. kene control makan sebab dah gemokkk"  .......dan....... "eh nak jogg la. nak bagi fit balik badan ni"

akan tetapi selepas itu back to basic ! bosan kan? makan tak hengat dunia. itu nak. ini nak. dan mula lah kau terasa berdosa sebab dah melanggar ikrar kau yang dulu dulu tu kan? inilah kelemahan kaum hawa ye. tidak dapat mengawal nafsu makan. *sebab aku pon mcm ni jugak. wakaka ! hoiii sekurang2nya aku jujur dengan diri sendiri. :')

ok. marilah berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan teh hijau. mari mari ! sebenarnya aku dah lama amalkan teh hijau ni. aku memang suka dengan teh hijau. berjalan mana mana pon , kalau singgah kedai je first yang aku capai , pasti teh hijau lipton. ala yang RM 2.70 sebotol tu.




nahhh. ini lah yang aku cakapkan tu.
sumber ehsan dari macik google.


tengah mencari point nak hupdate ape untuk entry kali nih, aku rasa ada gunanya google pasal teh hijau ni. boleh share info dengan korang. selain dapat menurunkan berat badan , banyak lagi khasiat teh hijau ni sebenarnya. moh kita tengok apa khasiat di sebalik teh hijau ni.


Berikut , ini adalah 27 manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian :

1. Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
2. Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
3. Menurunkan kadar kolesterol
4. Menurunkan risiko terkena berbagai penyakit hati
5. Menurunkan risiko terkena stroke
6. Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza)
7. Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
8. Memperbaiki fungsi kognitif
9. Bermanfaat bagi kesihatan gusi
10. Mencegah sesak nafas
11. Mengurangi stress
12. Menghilangkan kelelahan dan keletihan
13. Mampu mencegah timbulnya penyakit kanseer
14. Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor
15. Membantu penyembuhan penyakit kanser
16. Membantu menurunkan berat badan
17. Mengurangi risiko timbulnya radang sendi dan reumatik
18. Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
19. Mencegah osteoforosis
20. Mencegah timbulnya alergi
21. Melindungi lever
22. Mencegah hepatitis
23. Membantu menghalangi penyebaran virus HIV
24. Mengurangi bahaya merokok
25. Memperlambat penuaan
26. Baik dikonsumsi untuk penderita diabetes
27. Mampu mencegah keracunan makanan


Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.


memang tak di nafikan segelintir daripada kamu tak sukakan-nya bukan? tapi apa salahnya kita mencuba untuk diri sendiri. oh ya. lagi satu nak nasihatkan di sini... diet , diet jugak. jogg , jogg jugak. biasalah perempuan. sapa yang tak nak kurus & cantik kan? tapi jangan la sampai tak makan langsung. nanti pengsan , tak ke menyusahkan diri sendiri namanya? aku becakap berdasarkan contoh terdekat yang ada di sekeliling aku. kawan kawan serta kaum kerabat aku  yang obses sangat nak kurus. agak agak terasa bedosa dengan diri sendiri sebab dah hentam segala macam makanan , elok la pergi bancuh teh hijau tu dan nikmatilah dengan tenang. ada jugak paedahnya kan. dan lagi satu , kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. paham? ewahhh. nasihatkan orang bukan main lagi kan? ok ok. beringat pada diri sendiri jugak. heeee. peace bebehhh ! ^_^ v

p/s : semoga aku - dapatlah - menghasut - korang - untuk - mencuba - teh hijau ini. hehehe. 

ok boiboi !

2 comments: