Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: 201110

Tuesday, 18 October 2011

JUJUR KU KATAKAN


Assalamualaikum


...mungkin aku patut membenci dia | karena mencintaimu | jujur ku katakan aku tak rela | dia curi hatimu | karena ku lebih dulu jadi kekasihmu | dan dengan sungguh mencintaimu | ku tak ingin dirinya menggantikan aku | karena ku tahu ku lebih baik dari dirinya | aku ingin dia yang pergi jauh | pergi jauh darimu...




Saturday, 15 October 2011

LAPAR T_T''


Assalamualaikum

jam sudah menunjukkan 01:05 A.M. sekarang mata aku masih lagi betahan. ayah dah bising suruh tido. haha. tapi aku buat dekkkk je. lagak seperti anak kecil yang degil tak mahu mendenga kata orang tua. haha. lepas ni kakak tido ye yah. nampak seperti anak manja ayah bukan? tapi memang ye pon. hihihihi :P


aku bukan pe. perot ni dah berkicauuu.. lalu jiwa pon menjadi kacauuuu. sekarang aku tengah lapar. tahu tak lapar ! wuuuuuuu. *tolong kesiankan aku. petang tadi aku makan nugget je kot. itu pon adik aku baik hati gorengkan nugget. brkfst tak, lunch pon tak. sebab takde napesu nak mkn nasi. tadi mak beli bakso kat pasa mlm.. pon same jugak tak de napesu nak mkn. haaaaa. sombong lagi kan. memang tak reti nak besyukur kau cik jijahhh. kan dah tarakkkk pe bende kat bwh tudung saji tuuu. sekarang aku hanya tinggal gigit jari. dan time cenggini la aku mengidam satu bende.. satu je.. tak banyakkkk.. iaitu TAKO TAO ! huwaaaaaaaaaaaa. rase nak pegi start enjin kete ayah lalu pegi cari bende alah tu..LOL ! dah tengah mlm buta ni macam la JJ tu bukak. hahah. gila la kau cik jijah. ok fine fine fine...


sengaje je seksa jiwa sendiri pegi selongkar gamba kat paintdrive tu bagi air liur meleleh leleh dengan laju. warghahahahah ! sakaiiiii gila. dpt tgk gamba pon jadi laaaaa. eh boleh kenyang ke mcm ni? hahahahah.



♥.♥
tengokkkk mata ni siap mengeluarkan leplep bila pandang bende alah niiiii tahuuuu.




lagi sekali. i'm craving for thissssss. huwaaaa. 

T_______T


sekarang rasa menyesal tgk gamba ni ! erghhhhhhh. bikin wa stresss !


tapi hakikatnya sekarang aku sedang mengunyah kerepek pisang. kesian kan? wuuuuu. ape boleh buatttt.
naseb badannnn. 


ok bai. nak pegi selongkar dapur cari roti cecah milo. wuhuhuuuu.


p/s : besyukur la dengan rezeki yang ALLAH bagi.

.

Wednesday, 12 October 2011

Tuesday, 11 October 2011

SONG OF THE DAY #5


Assalamulaikumm

ehemmmm ! sebelum tido, nak tuju lagu kepada...ummmmmm...kepada...sesiapa yang mengenali diri ini.

ok bye. *mengade.

memang tunggu masa nak kena hempuk je aku niii. hahah.

ok kali ni betol betol bye.




aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu

ku sadar diri tiada lagi rasa cinta
namun diriku tak ingin engkau terluka

repeat *

reff:
sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila [tergila-gila]
hidupku terasa, terasa hampa

sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila [tergila-gila]
hidupku terasa, terasa hampa

repeat *
repeat reff [2x]



p/s : kali ni aku betolbetol terjatuhhhh. sakit rupanya. hmmmmmm.

Friday, 7 October 2011

RESEPI #2 : CUP CAKES


Assalamualaikum

Becakap pasal cup cakes ni, mesti ramai dah jemu. pegi sana cup cakes, pegi sini cup cakes. aiyooooooo. tak de bende lain dah ke. tapi tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.........aku nak jugak bekongsi ilmu dengan korang semua.

Semalam kawan adik aku tempah cuppies. dah jadi trend remaja zaman sekarang kalau birthday je cuppies  jugak yang dorang cari. heeee. banyak yang tempah kat aku stok bagi kat hubby..dalam erti kata lain 'buayapren' la senang. konon sweet sangat la tuuuuu. muahahahah ! *keji

cup cakes ni very simple. tak memerlukan bahan yang banyak. kepada sapa yang nak belajar buat kek tu, elok la mulakan dengan cuppies. buat cuppies ni pon bukan susah mane pon. pungpangpungpang kat dapur tu sedar2 dah siappppp. hihihi~ practice make perfect ~! ;D

yang selalu aku buat ada 2 flavor. satu vanilla and satu lagi choc moist. tapi yang ini aku akan kongsi resepi yang choc moist punya. bake boleh, kukus pon bolehhh~



bahan-bahan : 

1  ketul butter
1 1/2  cawan gula halus
4  biji telur
1  cawan susu tepung + air suam 
1 1/2  cawan tepung naik sendiri
1  cawan serbuk koko

********************************************************************************




method :

- panaskan oven terlebih dahulu
- ayak tepung kek + serbuk koko kemudian ketepikan.
- putar @ pukul marjerin + gula kastor tu sampai kembang, gebu & ringan.
- masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi.
- masukkan bancuhan susu tepung tadi, ratakan
- masukkan tepung + serbuk koko dan kuap balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
- siap adun, masukkan adunan tersebut ke dlm piping bag.
- susun kertas kek cwn ke dalam acuan.
- dan paip la adunan tu ke dalam kertas cawan..pe lagi..haha! *hephep ! ini seriyes
   make sure jgn penuh sngt tau..dalam 3/4..pandai2 la agak..
- n then dah leh bako dalam suhu 170 (15-20 minit) @ kukus (10 minit)

********************************************************************************



untuk butter cream :

500gm krimwell
250gm marjerin
Susu pekat separuh tin (ni aku men campak je ikot suka)
Air gula ikot suka la nak manis macam mane
*kalau taknak pakai susu @ air gula, boleh gunakan 2 cwn gula icing.

-pukul krimwell + marjerin sampai kembang ringan dan gebu.
-masuk susu pekat + air gula pukul sampai rata dan nahhh siap !!
-deco ikot suka
-warna pon ikot suka gak 

********************************************************************************

mudah bukan? kalau korang nak design yang kiut miut..yang lawa..pegi je google pic cup cakes tu. belambak kot. dan selain tu ikut kretiviti maseng maseng ler kan.


 ok..kali pertama aku buat cupcakes untuk my kazen. kau tengokk. design pon huru hara. hahahah. redah je. maklum la masih bertatihh tskk


 yang ini mak lin aku order untuk adik ipar dye betunang. menggelabah kejap. tak tau nak design cm ne. last2 mintak tolong membe gak. credit to fatin nadirah~


special for my lovely mom ~! masa ni kebetulan membe aku uny nak blaja buat cuppies. design tu pon kiteorang google je. heheh. credit to mony ghany ~ anak murid yang sangat tekun. tahniahhhh !


anak murid & cekguuu. LOL.


happy birthday ayang. auwwww. so sweet la si isteri nak bagi kat hencik suami. hehe.


design untuk couple sekolah. makwe bagi kat pakwe. ececewahhhh!


design budak sekolah jugak. birthday classmate adik aku.


pon sama. makwe bagi pakwe T__T


yang ini pulakk....ummmm. no komen ! ngehehehehehe >____<


p/s : ehhh bosan kan design yang sama je......nampok beno awokkk ni tak kreatif langsung. huhhhh.


ok la kawan kawan. selamat mencuba resepi di atas. bikin lah dengan penuh kasih sayang  insyaALLAH hasilnya pasti umphhhhhhh ! ngehehe...tiap hari sayang~! wewiittttttt ! 

^___^

.

Wednesday, 5 October 2011

RAHSIA WANITA



Assalamualaikum


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia 
sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.




p/s : wanita memang begini. silakan mengerti. :')


Saturday, 1 October 2011

Seronok gilaaa ! ^_____^



Assalamualaikummmm


hai kawan kawan. saya sekarang berada di kg tercinta iaitu kuala kangsar perak. terharu campur seronokkkk hinggakan rasa nak melompat sambil menangis pon ade. sebab sudah lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah ini.


oh yaaa. pulang ke kg ni pun kebetulan sahaja. disebabkan mak kecohkecoh dan bertekad nak pergi kenduri kawen anak kawan dia, tu yang berpeluang jejakkan kaki di kg halaman. kalau tak sebelum nihh, ada saja halangan untuk pulang ke kg halaman. ianya terlalu peribadi untuk diceritakan di sini.


lupa pulakkk. di belog yang lama, saya ada menceritakan tentang kg halaman saya. tapi di belog baharu yang masih bertatih ni, tiada satu pon story mengenai kg halaman saya. nanti kalau ada masa, saya akan update  laju laju pasal kg halaman saya okay? *macam la korang nak tahu sangat kan? bhahahah. tidak mengapa..sikit pon tidak bekecil hati..huhu..pada hari raya puasa hari tu pun tak merasa nak balik kg. tu yang tak semangat nak update pasal raya. takut nanti hati dipagut perasaan sebak yang tak dapat ditahan tahan. kang tak pasal pasal kene menangis sambil menaip..errrrrr..tak sanggup..tak syiokk la jadinye kannn..huhuhu..


ok laaa. nak bagitahu tu je....heeeeee. maap la kalau entry ini so annoying di mata korang. :P


tadi update status kat fb..sekali my kazen tag video yang comel..


..sila klik dibawah ini kalau ingin menonton video tersebut




p/s : eh perasan tak ayat dalam entry kali ni skemaaaaa nak mampos kan? ahhhhhh..lantakkk~! bhahahahahah ! >_<


mood : seronokkkk kemain lagiiiiiii

ok baiiiiii.