Dalam kotak fikiran
Blog ini bersawang ! Maafkan Saya T_T
kata hati lagi: PANG PUNG PANG DI DAPUR !

Sunday, 11 December 2011

PANG PUNG PANG DI DAPUR !



Assalamualaikum..hello guys.

minggu lepas sememangnya aku bz.. aik? dok uma pon bz ke? hebat kau cik jijah. chait ! lantakk. bz dengan kelas memasak aku la pe lagi. hiksss. tu belum tambah dengan kenduri kendara lagi. bunyik macam boring je bagi sesiapa yang tak suka memasak. but, aku sememangnya dilahirkan punya minat kepada dunia masakan. bagi aku memasak tu adalah seni. hewhew. memandangkan aku ni ahli bakers, hari tu mak as mintak tunjuk ajar cara cara mcm mana nak buat cake carrot and egg tart.. bak kate mentor, tunjuk ajar ku sifu ! ececehhhhhh. bajet sifu.. bluwehhhh ! :p bagi aku tarakkk hal la setakat dua jenis tu.. turunkan ilmu.. dapat pahala.. so alhamdulillah menjadi seperti yang diharapkan. siap bekampung dekat kipark selayang tu 3 hari 2 malam. mak lin pon join sekali. bangon pagi2 besemangat nak bawak my lovely auntie ni shopping kat HOI (bakery shop) kat selayang je pon. eksaited kemain cari barang2 bakeri.  haha. memang tak di nafikan, adik beradik mak aku ni memang pantang kalau ade masa terluang mesti ade je projek nak buat itu ini. betukang di dapur. hmmm selain egg tart and carrot cake, mak lin bebesar hati nak buatkan nasi kerabu. perghhh memang terbaek oh nasi kerabu mak lin. malatoppp ! tak tipu. heeeee. untung betol aku ada mak sedara macam dorang ! sporting habes n 'gilagila' :DD


 carrot cake

the ingredients : gula kastor, minyak jagung, telur, tepung gandum, baking powder, cinnamon powder, garam, walnut, almond flakes, toasted coconut, pineapple chopped, and carrot.


campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.


tuang dalam acuan n then nahhhhh dah boleh bake selama 1 jam 15 minit dalam suhu 180.


time to sandwich and topping cake with cream cheese.


sejukkan dalam peti ais, n then dah boleh ngappppp skali dgn papan kek tu. kehkehkeh >_<


nyummy ! memang tebal seinci aku sapu cream cheese tu. wahahah. tamak balobaaa kau cik jijah. mane nak dapat kat kedai mcm ni wey. ce kabo kat teman ce kabo.... heeeeeee.


egg tart

ini adalah kulit pastri rapuh sebelum dibakar. bake kulit pastri ni dulu selama 10 minit pada suhu 170. 


lepas dah bake kulit pastri tu baru letakkan filling dan bakar lagi selama 20 minit pada suhu 170.


tadaaaaaaaaaaa ! ting ! dah pon siap.


memandangkan mak as ada beli kulit puff yang ready made punya, kiteorang pon try la buat puff tuna. 
winkkk ! ianyanya sememangnya lazat tahu ! eyyyy telan air liur banyak kali tgk gmba ni. ahahahah.  


and the last one NASI KERABU MAK LIN ! WALAAAAAAHHHH~ 
jangan ditanya kenapa nasi tu warna kuning. 
sebab mana pulak nak cekau bunga talang kan.. haha !
masa makan nasi kerabu ni seolah olah diri ini sedang berada di kelantan deh ! chait ! *ober. muahahah ;D 


tengok la betapa happy dan bangganya budak ni dapat mencekik semua yang di atas :p
pinjam cekak lampu adik sedara. eerrrrr....gediknya T_T




p/s : resepi egg tart tu aku pegi godek kat My Resepi.com je.

p/s : so kepada gadis gadis di luar sana yang seusia seperti aku, rajin rajin lah jejak kaki ke dapur. belajar tinggi mana pon, tempat kita di dapur jua akhirnya. memasak ni senjata paling utama bagi kaum wanita yang akan berkahwin kelak. *wahhh ayat semacam je. lagak seperti makmak menasihati anak gadisnya. bwahahahah !


1 comment: